Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO

March 24, 2023 · Politik

Mohd Naim Kurniawan Moktar, anak kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, dinamakan sebagai Bendahari Pemuda UMNO bagi penggal 2023-2026.

Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh mengumumkan pelantikan Mohd Naim, yang juga Ketua Pemuda UMNO Kinabatangan, dalam catatan Facebook hari ini (24 Mac 2023).

Akmal turut mengumumkan pelantikan Mohd Hafiz Ariffin dan Mohammad Sollehin Mohamad Tajie masing-masing sebagai setiausaha sayap Pemuda dan ketua penerangan.

Mohd Naim dalam satu catatan di media sosial mengucapkan terima kasih kepada Akmal kerana diberi peluang berkhidmat sebagai bendahari sayap parti itu di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata pelantikannya adalah satu penghormatan bukan sahaja untuk dirinya tetapi untuk semua anggota belia di Sabah, sambil berharap ini akan memacu mereka untuk mengukuhkan parti bagi menghadapi cabaran masa depan.

Bung Moktar juga baru-baru ini dilantik semula sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah oleh presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Lokasi majlis buka puasa di MAEPS bersama MB Kedah dibatalkan pula, arahan siapa?
March 29, 2023
Kritik kes mahkamah Zahid, seorang pemimpin Bersatu bakal didakwa pada Jumaat
November 24, 2023
Azalina cemar nama baik institusi perundangan negara, kata PN Selangor
August 29, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok