Jika PM bentang bajet gula-gula, PH beri amaran akan tolak

October 4, 2022 · Politik

Amaran keras diberikan blok pembangkang, Pakatan Harapa (PH) kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob jika Bajet 2023 yang dibentang hanya bertujuan untuk mendapat sokongan semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memberitahu PH akan terlebih dahulu meneliti pembentangan Bajet 2023 sama ia benar-benar untuk membela nasib rakyat atau hanya semata-mata sebagai ‘gula-gula pilihan raya’.

“Kita tidak mahulah buat spekulasi awal-awal, tetapi kita akan pertimbangkan dulu sama ada bajet ini benar-benar untuk rakyat atau bagaimana,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Guan Eng dalam masa yang sama turut mengingatkan agar Ismail Sabri tidak membuang masa PH untuk tetap membentangkan Bajet 2023 jika berniat untuk membubarkan parlimen sebelum ia diluluskan.

Sementara itu, Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) turut berkata, beliau yakin yang bajet kali ini adalah ‘gula-gula’ untuk rakyat.

“sudah semestinya kerajaan akan menggunakan kedudukan sebagai kerajaan untuk memberi gula-gula semaksimum kepada pengundi mereka.

“Bagaimanapun, selepas Pilihan Raya Umum lalu sehingga sekarang, rakyat dah cerdik, mereka tahu apa itu gula-gula Pilihan raya atau menjamin masa depan anak cucu kita,” ujarnya dipetik laporan sama.

Untuk rekod, Ismail Sabri sedang berdepan tekanan dari partinya sendiri UMNO selepas diberikan mandat untuk mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong cadangan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan pada tahun ini juga.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
21 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
1 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok