Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan

May 27, 2021 · Politik

Selepas dipecat gara-gara bersikap tidak profesional ketika mengendalikan sidang media insiden kemalangan tren, nama Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kembali hangat diperkatakan orang ramai susulan tular video sebuah kediaman mewah ibarat “istana” yang didakwa milik Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

Video yang dirakam oleh seorang individu itu menunjukkan sebuah rumah sedang dalam proses diubahsuai bak istana yang difahamkan berada di kawasan elit Bukit Damansara.

Laporan tular rumah mewah Tajuddin.

Sebuah portal berbahasa Melayu The Malaysia Life (https://themalaysialife.com/selepas-dipecattular-pula-istana-besar-tajuddin-yang-sedang-diubahsuai/) membuat liputan berhubung isu tersebut selepas beberapa gambar rumah Tajuddin yang berlegar-legar dalam media sosial dan juga dikongsi oleh orang ramai.

Hasil semakan Agenda Daily, rumah mewah tersebut yang terletak di Jalan Setiarasa, Bukit Damansara merupakan alamat rumah Tajuddin sama dengan yang tertera dalam surat pemecatannya sepertimana dihantar oleh Menteri Kewangan.

Justeru, perkongsian video yang berdurasi 23 saat itu menimbulkan persoalan dalam kalangan warganet sekiranya dakwaan itu benar dan ada juga komen nakal yang menyindir bagaimana Tajuddin mahu membayar kos ubahsuai rumahnya itu selepas dipecat.

Warganet mula mempersoalkan daripada mana datangnya wang ahli politik senior UMNO itu untuk membina rumah semegah istana berkenaan, bagaimanapun seorang wartawan yang rapat dengan beliau memberitahu Tajuddin sememangnya diketahui sudah kaya dan terkenal dengan jolokan ‘The Six Million Dollar Man’.

Beliau dipecat oleh Majlis Tertinggi UMNO pada 1995 kerana terlibat dalam suatu skandal politik wang RM6 juta untuk merebut jawatan sebagai ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Timbalan Perdana Menteri dan kuat menyokong Ramli. Pada 1998, beliau diterima semula menyertai UMNO tanpa syarat dan dipilih sebagai Timbalan Ketua UMNO Pasir Salak tanpa bertanding pada 2000.

Sementara itu, Kementerian Kewangan bertindak menamatkan perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) serta merta selepas kontroversi sidang medianya berhubung isu insiden LRT pada Isnin.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana pada 11 Mei tahun lalu.

Awal hari ini, Tajuddin menerima desakan supaya meletak jawatan susulan kenyataan dan tingkah laku beliau pada sidang media selepas melawat lokasi kejadian nahas LRT kelmarin.

Selain tidak memakai pelitup muka, Tajuddin juga dituduh gagal dan tidak mempunyai perasaan sensitif atau empati terhadap mangsa tragedi LRT, sekali gus membuktikan beliau sama sekali tidak layak menduduki kerusi Pengerusi Prasarana.

Meskipun telah dipecat, Tajuddin menerimanya dengan gembira dan menyifatkan ia tidak perlu dijadikan isu walaupun menerima kecaman teruk.

Pengarah Pilihan Raya UMNO itu masih tidak berasa bersalah dengan tindakannya semasa sidang media baru-baru ini, malah memberi jawapan angkuh seakan tidak kisah dengan pemecatan tersebut selepas dihubungi wartawan portal berbahasa Inggeris.

Berita berkaitan
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
Asyraf Wajdi sudah gawat, tulis demi Allah undi… diberi RM100
November 29, 2022
Polis tahan lelaki buat ugutan terhadap Menteri Pendidikan
November 4, 2023
Kenapa DAP membisu sekarang? Adakah mereka sedang ‘bekerja’?
January 9, 2023
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024
Lagi Politik terkini
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024 · Politik
Dua bekas pembantu Najib antara disaman seorang penceramah bebas
December 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok