‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik

November 16, 2022 · Politik

Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15, Sabtu ini (19 November 2022), sekumpulan rakyat prihatin yang tidak dikenali mendedahkan senarai barangan mewah yang dibeli dan dimiliki oleh ahli politik Malaysia di platform dalam talian, voteordie.shop.

Menurut kedai dalam talian itu, ia ingin memperlihatkan kekayaan melimpah-ruah yang dikumpul oleh elit politik Malaysia selama bertahun-tahun mereka berkhidmat, menurut laporan TMI.

Pencipta laman web itu juga mempersoalkan sama ada rakyat Malaysia diwakili dengan betul oleh ahli politik yang mempamerkan barang kemas dan pakaian mahal.

Katanya, nilai barangan tersebut lebih tinggi daripada apa yang kebanyakan rakyat Malaysia dapat lihat sepanjang hidup mereka.

Antara barangan yang dipaparkan di laman web itu sebagai ‘untuk dijual’ ialah jam tangan Richard Mille RM033 Extra Thin seperti yang didakwa dipakai oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bernilai RM423,150.

Laman web itu turut menampilkan jam tangan Aquaracer CAF101A berharga RM6,806, model sama yang kononnya dipakai Pengerusi Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia menyenaraikan jam tangan Patek Philippe Nautilus bernilai RM414,584, yang dikatakan dipakai oleh Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin.

Barangan paling mahal yang disenaraikan di laman web itu ialah jam tangan Felipe Massa Rose Gold bernilai RM1 juta seperti yang didakwa dipakai oleh penyandang Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Turut disenaraikan ialah barangan mewah yang kononnya dipakai Datuk Seri Najib Razak dan ahli keluarganya, baju dan kasut Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, serta selipar mahal Annuar, berharga RM4,650.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024· Politik
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Popular
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok