Dr Siti Mastura tak gentar berdepan ‘warlord’ UMNO di Kepala Batas

November 8, 2022 · Politik

Biar diletak menggempur kubu kuat UMNO dan ‘warlord’ parti itu, calon Perikatan Nasional P041 Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Mohamad, 33, tidak gentar berdepan pencabarnya pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), 19 November ini.

Meskipun beliau satu-satunya calon tunggal wanita daripada PAS di Pulau Pinang, namun beliau berasa bangga kerana PAS mengutamakan wanita muda untuk mewakili Perikatan Nasional di Parlimen Kepala Batas.

Pada pilihan raya 19 November ini, Dr Siti Mastura bakal menghadapi ‘warlord’ UMNO Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican. selain calon MUDA Danial Abdul Majed.

Dr Siti Mastura berkata pemilihan beliau sebagai calon adalah ruang diberikan Perikatan Nasional kepada anak muda di negara ini.

“Insha-Allah saya akan gunakan ruang dan peluang yang diberikan Perikatan Nasional dengan semaksima mungkin mewakili PAS di sini.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada jentera pilihan raya yang memberikan kerjasama untuk bergerak bersama.

“Insha-Allah, Perikatan Nasional akan memastikan tagline peihatin bersih, stabil (PN BEST) dan utamanya prihatin iaitu fokus kepada ketidakadilan dalam perkara melahirkan pemimpin berintegriti,” katanya.https://www.facebook.com/hashtag/pnbest

Dr Siti Mastura berkata tidak salah sekiranya pengundi wanita memberi peluang kepada calon wanita muda untuk memastikan yang terbaik kepada pengundi Kepala Batas.

“Anak muda diseru memberikan satu signal bahawasanya Perikatan Nasional merupakan blok yang memberikan peluang kepada anak muda wanita,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PN sedia berdepan PRN serentak di enam negeri: Tuan Ibrahim
December 8, 2022· Isu semasa
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022· Politik
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
December 8, 2022· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
December 8, 2022· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu · Politik
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok