Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang

December 11, 2023 · Politik

Hilman Idham kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia selepas keputusan mahkamah memihak kepadanya dalam kes petisyen dihadapinya sebelujm ini.

Mahkamah Pilihan Raya dalam keputusan hari ini menolak petisyen membatalkan kemenangan Hilman yang dikemukakan oleh seorang pengundi di kawasan mengundinya.

Petisyen itu dibuat seorang pengundi DUN Gombak Setia, Shaffie Omar, yang mendakwa menerima RM150 sebagai dorongan kepada pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, di antara 4 dan 5 Ogos lalu.

Penolakan itu dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Datuk Abdul Wahab Mohamed, yang bersidang sebagai Hakim Mahkamah Pilihan Raya.

Dalam PRN Selangor yang berlangsung pada 12 Ogos lalu, Hilman memenangi kerusi DUN Gombak Setia, selepas meraih 30,299 undi, mengatasi calon Barisan Nasional, Megat Zulkarnain Omardin (30,241 undi), dan calon bebas, Salim Ali (1,076 undi).

Sementara itu, Hilman berkata mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang dikenal pasti mencemar nama baik dan reputasinya berkaitan kemenangannya dalam PRN Gombak Setia.

Katanya, langkah itu dibuat susulan Mahkamah Tinggi Ipoh yang menolak petisyen membatalkan kemenangannya di Gombak Setia.

“Saya sudah berbincang dengan pasukan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang susulan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar nama baik dan reputasi saya serta cuba meremehkan demokrasi.

“Individu-individu ini telah dikenalpasti untuk tindakan lanjut dalam masa yang terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh itu, Hilman berkata, beliau bersyukur di atas keputusan bersejarah itu.

Katanya, keputusan mahkamah itu memberikan makna dan pengertian yang besar kepadanya dan seluruh pengundi DUN Gombak Setia.

“Sejak awal lagi saya menegaskan bahawa petisyen yang dikemukakan ini, khususnya mengenai isu politik wang dan rasuah politik adalah fitnah dan tohmahan dengan niat jahat bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan mencemar reputasi saya sebagai seorang Ahli Dewan Negeri.

“Usaha petisyen ini juga adalah satu cubaan untuk mengkhianati dan memperkotak-katikkan mandat yang telah diberikan oleh pengundi DUN Gombak Setia.

“Justeru, keputusan hari ini telah memberi keabsahan kepada mandat pengundi DUN Gombak Setia yang memilih PN,” katanya.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok