‘Bahaya jika DAP perintah negara’

November 18, 2022 · Politik

Rakyat diberi peringatan masalah besar akan timbul sekiranya Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana di dalam gabungan itu terdapat parti DAP yang mahu memansuhkan Akta Hasutan.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata desakan supaya akta itu dihapuskan pernah berlaku ketika beliau menjadi Menteri Dalam Negeri kerajaan PH selepas 2018 lalu.

Katanya pemimpin DAP dalam Jemaah Menteri, terutama Lim Guan Eng, melakukan desakan bertalu-talu supaya Akta Hasutan itu dimansuhkan, sekali gus akan menyebabkan keadaan negara tidak akan tenteram.

“Dia (Guan Eng dan DAP) minta supaya kerajaan menerusi kementerian saya untuk hapuskan Akta Hasutan. Apakah tujuannya untuk dihapuskan…

“Supaya terbukalah ruang untuk sesiapa saja mengkritik, menghina dan berbuat berbuat apa saja yang dia suka dan kalau berlaku huru-hara tak apalah… ini yang DAP mahukan,” katanya malam tadi.

Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata Akta Hasutan itu antara lain bertujuan untuk melindungi beberapa institusi penting dalam negara, seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, agama Islam, hak keistimewaan Melayu dan bahasa Melayu.

“Bermakna kalau ada sesiapa pun, tak kira rakyat Malaysia ataupun bukan rakyat Malaysia. menghina perkara-perkara yang saya sebutkan tadi, akta ini boleh dikuatkuasakan untuk diambil tindakan pada mereka yang bertanggungjawab,” kataya lagi.

Beliau berkata itu antara beberapa sebab kenapa rakyat Malaysia perlu menolak PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) esok (19 November 2022).

Demikian juga dengan UMNO dan Barisan Nasional, kata Muhyiddin sambil menjelaskan beliau berada di dalam parti itu sebelum ini, tetapi sekarang ini sudah hancur akibat melakukan penyelewengan.

“Yang ini (UMNO/BN), bagi kita telah melakukan kerosakan besar kepada negara. Rosak, binasa negara kita kalau kita biarkan orang-orang yang terlibat menerima rasuah dipilih untuk menerajui Malaysia yang kita cintai ini,” katanya.

Sehubungan itu, Muhyiddin menasihatkan pengundi supaya tidak memberi walau satu undipun kepada parti yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan.

“Apabila kedua-dua parti berkenaan (PH dan BN) sudah sedemikian rupa, maka rakyat perlu memilih Perikatan Nasional untuk melakukan perubahan, membasmi rasuah, selain mewujudkan Kerajaan Persekutuan yang Prihatin, Bersih dan Stabil,” katanya.

Berita berkaitan
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Popular
Jangan lupa DAP, PKR lebih banyak derhaka kepada Agong, Raja-Raja Melayu
August 4, 2021
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Ada hati menuding jari, kata Ahmad Fadhli kepada Zahid
May 12, 2023
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok