Ada hati menuding jari, kata Ahmad Fadhli kepada Zahid

May 12, 2023 · Politik

Dakwaan kononnya Perikatan Nasional (PN) bakal berpecah dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijawab Ketua Pemudanya, Ahmad Fadhli Shaari.

Ketua Pemuda PN itu membalas dakwaan dibuat Zahid yang mengatakan gabungan pembangkang bakal berpecah walhal realitinya parti-parti dalam kerajaan yang dilihat sedang bercakaran antara satu sama lain, khususnya selepas DAP mengkritik UMNO sebagai liabiliti baru-baru ini.

Ahmad Fadhli dalam nada berkias turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang menuding jari pada pihak lain dan menyifatkan kedudukan Barisan Nasional (BN) umpama ‘menumpang di dapur orang’.

“Kaki tempang tidak bersarang, sang merpati tidak berlari, tuan menumpang di dapur orang, ada hati menuding jari?” soalnya dalam siaran di Facebooknya.

Pada Khamis, media melaporkan Zahid menjangkakan gabungan parti-parti yang didakwanya konon-konon memperjuangkan kaum Melayu akan berpecah tidak lama lagi.

Beliau dalam ucapan amanat ulang tahun UMNO pada Khamis itu, berkias dengan menyorot semula insiden perpecahan dalaman yang dialami salah satu parti komponen gabungan pembangkang tersebut.

Untuk rekod, DAP dilihat tidak bersetuju dengan sebarang usaha dibuat UMNO untuk membebaskan bekas pemimpin mereka, Datuk Seri Najib Razak yang sedang berusaha untuk diampunkan walaupun sudah didapati bersalah.

Pemimpin DAP juga secara terbuka dilihat mengkritik UMNO sebagai liabiliti kepada kerajaan campuran kerana tindak-tanduk mereka yang memberi tempias negatif terhadap imej pentadbiran yang bersih dan telus cuba dibawa Pakatan Harapan (PH).

Malah, pemimpin UMNO dan DAP juga dilihat sering mengeluarkan kenyataan balas-membalas satu sama lain sebelum ini yang seakan menunjukkan tiada persefahaman sesama parti komponen dalam kerajaan campuran.

Berita berkaitan
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
2 jam lalu· Politik
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023· Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023· Politik
Popular
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
December 7, 2023
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
Lagi Politik terkini
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023 · Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023 · Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
17 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok