Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah

January 8, 2024 · Berita
Agensi awam diingatkan supaya tidak menjadi orang suruhan untuk kepentingan individu tertentu.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi berkata demikian susulan tuduhan rasuah RM6 juta yang dilemparkan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berserta beberapa individu lain.
“Hampa menzalimi orang miskin. Empat-empat orang tu semua miskin, tayar keta pun tak boleh tukar, baju sekolah anak pun saya bagi.
“Hampa buat orang kaya lantak, tapi bila hampa aniayai orang miskin langkah mayat aku dulu. Asal dapat untung politik hampa sapu semua, tak kira maruah orang,” tegasnya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Program Publisiti Dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Padang Terap, Kedah 2035 (Penggantian) bertempat di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang, semalam.
Jelasnya, sejak KFA ditubuhkan pada tahun 1924, persatuan itu dibiayai melalui derma, sumbangan daripada kerajaan, pihak swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).
Muhammad Sanusi yang juga merupakan Presiden KFA mengetahui tentang plot sebenar yang berlaku dan bersedia untuk membongkar semuanya pada waktu yang sesuai.
Katanya, plot itu melibatkan sebuah syarikat besar yang melobi agar konsesi rawatan air di negeri Kedah disambung.
“Konsesi ini kita tidak akan sambung kerana kita akan buat sendiri, dermalah RM80 bilion pun kami tak akan sambung.
“Depa nak suruh sambung kontrak dia, saya tak mau sambung. Mana boleh rasuah, kita tak makan. Kemudian dia minta balik duit derma RM6 juta kepada KFA itu,” ujar Sanusi.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Isteri Tun Daim cabar kesahihan pertuduhan SPRM di Mahkamah Tinggi
March 5, 2024· Isu semasa
1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam
December 5, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Berita terkini
Belanja jenama semula Keluarga Malaysia RM62 juta, Malaysia Madani RM489,000
February 15, 2023 · Berita
Agong sokong gesaan PM supaya OIC bersidang bincang isu Palestin
May 16, 2021 · Berita
Kenaikkan harga minyak sawit lonjak keuntungan luar biasa
May 8, 2021 · Berita
Sekatan jalan raya di Selangor akan diperketatkan
May 5, 2021 · Berita
Kerajaan PKR gagal urus Covid-19 di Selangor, katil ICU pun tak cukup
May 5, 2021 · Berita
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok