Belanja jenama semula Keluarga Malaysia RM62 juta, Malaysia Madani RM489,000

February 15, 2023 · Berita

Kerajaan membelanjakan sebanyak RM62 juta untuk menjenamakan slogan Keluarga Malaysia dibawah Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jumlah RM62 juta itu dibelanjakan untuk tempoh selama 14 bulan sejak Ismail Sabri dilantik menjadi PM Kesembilan dan jauh lebih tinggi berbanding kempen Malaysia Prihatin semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM Kelapan iaitu hanya sebanyak RM181,752.20.

Sementara itu, Dewan Rakyat juga diberitahu kos belanja jenama Malaysia Madani yang diperkenalkan PM Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah sebanyak RM489,216.

Untuk rekod, Muhyiddin menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan dan ia paling terendah jika dibandingkan dengan kos jenama semula yang digunakan Ismail Sabri dan Anwar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, memaklumkan jumlah yang digunakan untuk Kempen Keluarga Malaysia itu mewakili lebih 98 peratus daripada keseluruhan RM62,764,107.25 dibelanjakan untuk penjenamaan kerajaan di bawah tiga Perdana Menteri sejak Mac 2020 hingga 30 Januari lalu.

“Berdasarkan rekod kewangan Jabatan Perdana Menteri, penganjuran program berkaitan penjenamaan semula kerajaan iaitu Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani, membabitkan peruntukan yang telah dibelanjakan sehingga 30 Januari 2023 adalah sebanyak RM62,764,107.25.

“Pecahan mengikut program adalah Kerajaan Prihatin dengan perbelanjaan RM181,752.20; Keluarga Malaysia, RM62,093,139.05 dan Malaysia Madani, RM489,216. Jumlah perbelanjaan berdasarkan program jelajah jerayawara yang dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri kelapan hingga kini,” katanya dalam jawapan bertulis itu.

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hasan (PH-Sri Gading) mengenai peruntukan dibelanjakan bagi penjenamaan kerajaan ketika pentadbiran Muhyiddin, Ismail Sabri dan Anwar, masing-masing dibawah konsep Kerajaan Prihatin, Keluarga Malaysia dan Malaysia Madani.

Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan pada 1 Mac 2020, manakala Anwar mengangkat sumpah Perdana Menteri Ke-10 pada 24 November 2022 dan melancarkan Malaysia Madani pada 19 Januari lalu.

Menurut Armizan, hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Muhyiddin berikutan negara ketika itu dilanda pandemik Covid-19 yang menyaksikan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Hanya satu program Kerajaan Prihatin dilaksanakan semasa pentadbiran Perdana Menteri Kelapan memandangkan negara berada dalam tempoh PKP,” katanya.

Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Berita terkini
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024 · Berita
Agong sokong gesaan PM supaya OIC bersidang bincang isu Palestin
May 16, 2021 · Berita
Kenaikkan harga minyak sawit lonjak keuntungan luar biasa
May 8, 2021 · Berita
Sekatan jalan raya di Selangor akan diperketatkan
May 5, 2021 · Berita
Kerajaan PKR gagal urus Covid-19 di Selangor, katil ICU pun tak cukup
May 5, 2021 · Berita
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok