Sekatan jalan raya di Selangor akan diperketatkan

May 5, 2021 · Berita

Jumlah sekatan jalan raya (SJR) di Selangor akan ditambah di setiap daerah sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula esok sehingga 17 Mei ini.

Langkah tersebut diambil bagi menyekat sebarang aktiviti rentas negeri atau daerah daripada berlaku terutamanya menjelang Aidilfitri, kata Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed.

“Selain SJR, pemantauan di bazar Aidilfitri, pusat beli-belah dan tempat tumpuan orang ramai akan turut dipertingkatkan bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Arjunaidi menasihati orang ramai supaya terus mematuhi SOP ditetapkan dan mengamalkan disiplin kendiri.

Beliau menegaskan pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan sama sekali kecuali atas urusan kecemasan bagi daerah yang terlibat PKP iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Bagi PKPB pula, ia akan dilaksanakan di tiga daerah iaitu di Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor, katanya.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Berita terkini
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024 · Berita
Belanja jenama semula Keluarga Malaysia RM62 juta, Malaysia Madani RM489,000
February 15, 2023 · Berita
Agong sokong gesaan PM supaya OIC bersidang bincang isu Palestin
May 16, 2021 · Berita
Kenaikkan harga minyak sawit lonjak keuntungan luar biasa
May 8, 2021 · Berita
Kerajaan PKR gagal urus Covid-19 di Selangor, katil ICU pun tak cukup
May 5, 2021 · Berita
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok