1MDB: SPRM tak teruskan permohonan dapatkan dokumen dari peguam

December 5, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menarik balik permohonannya bagi mendapatkan dokumen daripada dua peguam yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian antara kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SPRM melalui dua surat bertarikh 29 Nov yang dihantar kepada mahkamah serta diperoleh media, menyatakan bahawa pihak pemohon (SPRM) berhasrat untuk tidak meneruskan permohonan berkenaan dan memohon agar satu tarikh pengurusan kes baharu ditetapkan oleh mahkamah, lapor Bernama.

Menerusi semakan sistem mahkamah, kes itu ditetapkan untuk sebutan pada Rabu ini.

Pada 11 Okt lepas, SPRM memfailkan dua permohonan di Mahkamah Tinggi di sini dengan menamakan Chetan Jethwani dan firma guamannya, Chetan Jethwani & Co serta peguam Rosli Dahlan dan Rosli Dahlan Saravana Partnership sebagai responden.

Chetan merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes sivil manakala Rosli mewakili bekas Perdana Menteri itu dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa.

Dalam permohonan itu, SPRM memohon dua responden masing-masing mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan sebagai peguam Goldman Sachs (Chetan) dan 1MDB (Rosli), penyata akaun serta akaun dua firma guaman berkenaan.

Dokumen itu diperlukan untuk mengenal pasti pelantikan dua responden sebagai peguam Goldman Sachs dan 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB.

Berdasarkan afidavit kedua-dua permohonan itu, Pegawai Penyiasat SPRM Mohamad Sabri Mohd Latif berkata siasatan sedang dijalankan terhadap dua responden itu di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Sementara itu, Rosli pada 3 Nov lepas, memohon untuk membatalkan permohonan SPRM atas alasan agensi berkenaan tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk mendapatkan dokumen tersebut.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
16 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok