Zahid tiada ciri ketua kerajaan untuk jadi Perdana Menteri

April 13, 2021 · Politik

UMNO patut mengetengahkan individu selain daripada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mempunyai ciri-ciri seorang ketua kerajaan untuk menjadi calon Perdana Menteri.

Perkara ini disuarakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Setiawangsa, Datuk Mohd Irwan Rizal selepas melihat Zahid sudah tidak mampu lagi untuk mengemudi parti itu, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Imej Zahid sudah tercalar dan sudah tidak ada taring lagi untuk mengemudi UMNO ekoran kebocoran audio perbualan telefon antara beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO tidak boleh lagi menangguhkan pemilihan parti sebagaimana dijadualkan bagi menyelesaikan krisis kepimpinan sekarang.

Kebocoran audio itu katanya, menjadi salah satu faktor untuk pemilihan tidak boleh ditangguhkan lagi supaya seorang individu lain dapat dilantik.

Memetik laporan Utusan Online, Irwan dilaporkan berkata, apa yang paling utama adalah memastikan pemilihan presiden yang mampu dijadikan sebagai ikon dan diketengahkan sebagai calon Perdana Menteri.

Katanya, pemilihan kali ini amat penting kerana ia merupakan peluang kepada UMNO untuk memberi nafas baharu dalam konteks menyediakan barisan kepimpinan yang akan diketuai oleh individu yang mempunyai ciri-ciri seorang ketua kerajaan.

“Penangguhan pemilihan tidak menjamin bahawa UMNO akan semakin kuat. Telah terbukti sebelum ini, pemilihan ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14, UMNO dan Barisan Nasional kalah,” katanya.

Zahid kini berdepan pelbagai kritikan sama ada pada peringkat tertinggi, bahagian dan akar umbi susulan tersebarnya klip audio beliau berbual mesra dengan Anwar ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini.

Walaupun Zahid menafikan perbualan itu dan mahu membuat laporan polis yang sehingga sekarang belum dilakukan, perbuatan beliau itu sekali gus menimbulkan rasa was-was di kalangan pemimpin dan akar umbi kemungkinan ada pakatan sulit membawa UMNO bekerjasama dengan PKR.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok