Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM

May 8, 2023 · Isu semasa

Pasukan pembelaan Datuk Wan Saiful Wan Jan memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Isnin bahawa pihaknya sudah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu perundangan membabitkan dua pertuduhan rasuah dihadapinya.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Rozina Ayob, peguam, Amer Hamzah Arshad mewakili bekas ketua penerangan Bersatu itu berkata surat berkenaan telah diserahkan melalui e-mel pada Selasa lalu.

“Kami mahu pihak pendakwaan meneliti isu yang dibangkitkan dalam surat tersebut dan kami mengambil langkah yang sepatutnya kerana ia membabitkan pertuduhan yang akan dibicarakan di mahkamah,” katanya pada pengurusan kes pada Isnin lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Amirah Muhammad Ali berkata surat berkenaan telah diterima pada Rabu lalu.

“Ia akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan dan kami akan memberi maklum balas mengenai perkara ini dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat itu diterima,” katanya.

Susulan itu, pihaknya mohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk pengurusan kes bagi memaklumkan perkembangan mengenai surat tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa dokumen berkaitan perbicaraan belum diperoleh daripada pihak bank.

Rozina kemudian berkata, sebarang isu dalam kes itu sepatutnya diselesaikan dalam tempoh tiga bulan sejak kes bermula dan tarikh perbicaraan sepatutnya boleh ditetapkan serta-merta.

“Mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 22 Mei ini untuk pembelaan dan pendakwaan memaklumkan mengenai perkembangan surat tersebut dan penyerahan dokumen serta pernyataan saksi kepada pihak pembelaan,” katanya.

Wan Saiful, 47 didakwa meminta suapan wang daripada Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuknya membantu syarikat Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek ‘Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuhraya Pantai Timur’ daripada kerajaan Malaysia secara prakelayakan yang jumlah keseluruhannya RM232 juta.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu juga dituduh menerima bagi dirinya suapan wang tunai berjumlah RM6,962,694.54 melalui akaun CIMB Bank Berhad milik syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Syarikat Nepturis Sdn Bhd sebagai upah membantu syarikat Nepturis mendapatkan Surat Setuju Terima bagi projek tersebut.

Dia didakwa melakukan kedua-dua perbuatan tersebut di Royal Lake Club, Taman Tasik Perdana di sini, pada April 2022 dan di CIMB Bank Berhad Cawangan Bukit Tunku, Taman Tunku, Bukit Tunku antara 8 Julai 2022 hingga 30 September 2022.

Berita berkaitan
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023· Politik
Akta pendanaan politik: Anwar lupa agenda reformasi
June 6, 2023· Isu semasa
C4 bidas PMX lagi lantik Azam Baki, tak faham kenapa masih disambung lantikan
June 3, 2023· Politik
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
June 2, 2023· Politik
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
June 8, 2023
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
June 8, 2023
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kalimah Allah: Titah Sultan Selangor bermakna kerajaan belum rujuk Majlis Raja-Raja
4 jam lalu · Isu semasa
Undi pos bagi PRN 6 negeri dibuka 15 Jun ini : SPR
6 jam lalu · Isu semasa
PAC panggil 4 kementerian, 1 GLC minggu depan
7 jam lalu · Isu semasa
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
11 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
12 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
11 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
June 7, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok