Pokok tumbang hempap empat kenderaan di Cheras

November 6, 2022 · Isu semasa

Enam individu cedera dalam kejadian pokok tumbang berhampiran sebuah bank di Jalan Mahkota, Taman Maluri, Cheras, hari ini.

Kejadian berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata empat buah kenderaan dihempap pokok dalam kejadian tersebut.

“Kami dapati empat kenderaan masing-masing sebuah kereta BMW, Nissan, Perodua Myvi dan sebuah motosikal dihempap pokok tumbang akibat hujan lebat serta angin kencang.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 4.07 petang. Seramai 18 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dan BBP Bandar Tun Razak dikejarkan ke lokasi kejadian,” katanya.

Menurutnya, susulan kejadian itu empat sekeluarga yang menaiki kereta Perodua Myvi mengalami kecederaan ringan serta trauma manakala dua individu menaiki motosikal pula mengalami luka dan bengkak pada kaki.

“Semua mangsa berkenaan dibawa ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan.

“Anggota bomba bertugas sedang memotong dan mengalihkan pokok terbabit bagi membuka laluan yang terhalang.

“Operasi itu turut dibantu oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysi (APM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya.

Berita berkaitan
Tanah runtuh di Jalan Syed Putra, seorang disahkan maut tertimbus
May 4, 2023· Isu semasa
Bayi termasuk empat individu maut dalam kemalangan di Kemaman
April 24, 2023· Isu semasa
Polis buru penunggang motosikal langgar lari anggota di Butterworth
April 24, 2023· Isu semasa
Banjir di Taiping, 60 mangsa banjir dipindah ke PPS
March 26, 2023· Isu semasa
Popular
Tiada lagi subsidi ayam dan telur pada 1 Julai: Mat Sabu
June 8, 2023
Dewan Rakyat riuh bila sup tulang babi dicadang jadi makanan kebangsaan
June 7, 2023
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
June 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Hans Isaac kini Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia
3 jam lalu · Isu semasa
Kedah tawar pinjaman pendidikan buat pelajar yang layak ke IPTA, IPTS
4 jam lalu · Isu semasa
Anak saudara Sivarasa bebas tuduhan rasuah
5 jam lalu · Isu semasa
Speaker tolak usul bahas skandal LCS, tapi kenapa kerap dibincang semasa PRU?
7 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS
9 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
3 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok