Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan

April 12, 2022 · Isu semasa

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim memberi jaminan kepada penduduk Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, Kuala Lumpur, yang mendakwa mendapat notis pengosongan kediaman bahawa mereka tidak akan berpindah dalam masa terdekat.

Beliau berkata proses rundingan antara pihak pemaju dan wakil penduduk masih berjalan bagi mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak, lapor Bernama.

“Tidak akan berlaku perpindahan dalam bulan puasa, tidak mungkin berpindah selepas raya,” katanya kepada media di Program Apresiasi @ Sukarelawan Misi Bantuan Banjir Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Agensi.

Sebuah akhbar melaporkan, wakil penduduk mendakwa mereka diarah mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 21 hari selepas Borang K dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian pada 22 Mac lalu.

Shahidan berkata meskipun hal berkaitan pengambilan tanah bukan dalam bidang kuasa KWP, namun beliau memberi jaminan pihaknya sentiasa menjaga kebajikan penduduk di Wilayah Persekutuan.

Mengenai laporan berita yang menyatakan penduduk flat berkenaan kecewa selepas menerima Borang K (notis bahawa milikan tanah atau peletakhakkan petak telah diambil), Shahidan berkata ia cuma surat pemakluman dan bukan notis pengusiran.

“Ini proses perundangan yang dimaklumkan kepada orang cuma bila dimaklum dalam bulan puasa, orang terkejutlah,” katanya.

Mengenai program malam ini, Shahidan berkata 1,496 sukarelawan yang terlibat dalam Misi Bantuan Banjir pada hujung tahun lepas yang diraikan KWP, akan diserap sebagai Duta Komuniti di mana Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) adalah penyelaras program.

Beliau berkata Duta Komuniti itu, penting ketika Fasa Peralihan Ke Endemik untuk bersama-sama memberi penerangan kepada rakyat, untuk terus patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka.

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
UMNO menang 26 kerusi dulu pun sebab ‘No Anwar, No DAP’: Shahidan
July 8, 2023· Politik
Orang UMNO, kesian hampa kena tipu dengan Zahid: Shahidan
July 7, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
May 29, 2023
Jangan berhimpun Rabu ini: Amaran polis
June 28, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok