Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar

October 17, 2023 · Isu semasa

Semua jentera kerajaan perlu memperjelaskan dan memberi penerangan mengenai inti pati Bajet 2024 kepada rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar membangkitkan isu subsidi yang dinikmati golongan kaya dan menjelaskan langkah kerajaan menghentikan subsidi yang diumumkan semasa Bajet 2024 lalu.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata penjelasan perlu diberikan terutama isu pokok mengenai sebab utama kerajaan memberi tumpuan bidang kesihatan dan pendidikan dalam Bajet 2024, lapor Bernama.

“Penerangan itu penting, kena jelaskan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan hari ini.

Anwar pada 13 Okt lepas membentangkan belanjawan bertemakan “Reformasi Ekonomi Memperkasa Rakyat” berjumlah RM393.8 bilion, paling tinggi dalam sejarah belanjawan negara.

Kementerian Pendidikan menerima peruntukan tertinggi dalam Bajet 2024 iaitu RM58.7 bilion daripada RM393.8 bilion keseluruhan belanjawan, manakala Kementerian Kesihatan diperuntukan RM41.2 bilion.

Anwar berkata Bajet 2024 adalah belanjawan negara yang dilaksanakan bagi memberi keyakinan kepada pelabur dan keselesaan maksimum kepada rakyat.

“Belanjawan tidak boleh dilihat dalam ‘vakum’ tetapi lihat juga latar belakang kekuatan ekonomi, keutuhan kestabilan politik, keupayaan kita langsaikan hutang dan selesaikan beberapa kerangka ekonomi makro yang asas,” katanya.

Mengenai subsidi, Anwar menegaskan sekali lagi bahawa subsidi masih dikekalkan untuk rakyat dengan RM81 bilion diperuntukkan bagi tujuan itu.

“Subsidi satu tahun RM81 bilion antara paling tinggi…kerajaan bertanggungjawab kekal dengan subsidi begitu banyak. Ini tertinggi dan tiada negara beri subsidi begitu tinggi…subsidi adalah bantuan kerajaan untuk kurangkan beban rakyat,” katanya.

Anwar berkata langkah kerajaan menyasarkan penyaluran subsidi adalah bagi memastikan ia dinikmati oleh golongan yang benar-benar layak.

“Subsidi bukan cukai kepada mereka (maha kaya) tetapi tarik sedekah (subsidi) ke atas orang kaya macam Tabung Haji (TH) beri subsidi kerajaan kepada semua.

“Pendapatan RM1 juta tetapi bila daftar dengan TH dapat subsidi dan ia tidak munasabah, bayarlah dan TH akan bantu permudah urusan,” katanya sambil menambah golongan berpendapatan rendah dan miskin masih nikmati subsidi TH.

Mengenai subsidi elektrik pula, beliau berkata subsidi ditarik untuk 10 peratus mereka yang kaya dan berpendapatan tinggi namun masih dinikmati oleh 90 peratus rakyat negara ini.

“Apabila 10 peratus teratas itu tidak diberikan subsidi, kita dapat jimatkan RM4.6 bilion…ini kecelaruan dasar sebelum ini dan ini langkah kita sasarkan subsidi,” katanya.

Berita berkaitan
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
21 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok