Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan

November 6, 2023 · Isu semasa

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung kenaikan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga bagi bahan mentah itu bermula Rabu lepas.

Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata pemantauan pasukan penguatkuasa kementerian itu sehingga semalam mendapati ayam standard di Semenanjung dijual pada harga serendah RM5.79 per kilogram (kg), lapor Bernama.

“Bagaimanapun ada juga yang dijual sedikit tinggi sehingga RM10.50 per kg seperti di Mentakab, Temerloh serta Pasar Awam Matang, Perak dan pasukan penguat kuasa sentiasa memantau perkara itu kerana kita mengambil pendekatan libat urus dengan peniaga, bukannya terus mengambil tindakan perundangan.

“Bagi Sabah, Sarawak dan Labuan pula, saya mendapat arahan terus daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk turun memantau harga di sana kerana beliau mendapat makluman harga ayam lebih mahal berbanding Semenanjung,” katanya kepada pemberita dalam sidang media Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali 2023 hari ini.

Armizan berkata siasatan lanjut pihaknya mendapati situasi di Sabah sedikit unik memandangkan ayam bersih super lebih popular di negeri itu berbanding ayam standard.

“Jadi memang harganya (ayam super) mahal sedikit berbanding ayam biasa dengan paling murah dijual pada harga RM10 dan boleh mencecah RM13.90 per kg, namun hakikatnya harga itu pun lebih rendah daripada harga kawalan di Sabah dahulu iaitu RM11.30 per kg.

Beliau berkata harga ayam bersih di Sarawak pula boleh didapati pada serendah RM9.90 per kg namun mencecah RM18.90 di beberapa kawasan seperti Lawas dan Limbang kerana desakan kos logistik.

Pada masa sama katanya KPDN turut melakukan intervensi menerusi penganjuran Jualan Rahmah dan Agro Madani di kawasan yang berdepan isu bekalan ayam dan harga.

“Namun saya nak maklum juga hakikatnya dari dahulu lagi harga ayam di Semenanjung memang lebih murah berbanding Sabah, Sarawak dan Labuan atas beberapa faktor dan untuk menyelesaikan ketidakseimbangan harga ini pastinya memerlukan sedikit masa dan kerjasama kerajaan negeri,” katanya.

Sementara itu, mengulas laporan media berkaitan harga barangan keperluan asas meningkat sehingga 64 peratus di Pulau Pinang, Armizan berkata KPDN memantau rapi isu itu dan telah mengeluarkan tiga notis maklum balas kepada peniaga meminta penjelasan punca harga dinaikkan pada kadar kurang wajar.

Berita berkaitan
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Harga ayam tidak naik dan bekalan stabil: KPKM
November 1, 2023· Isu semasa
Langkah pengapungan akan jadikan harga ayam lebih murah: Menteri
October 31, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Jangan makan, merokok sebelum ujian kendiri RTK Antigen: Pakar
March 5, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok