Baik dan buruk apabila guru berpolitik

February 7, 2022 · Isu semasa

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kebenaran untuk guru-guru serta petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS) kembali berpolitik akan berkuat kuasa semula.

Ujar beliau, perkara itu diputuskan kabinetnya bagi menghormati prinsip demokrasi dan bersikap adil terhadap golongan berkenaan.

Cadangan itu mempunyai perspektif pro dan kontra. Dari satu segi, memperkasakan hak demokratik golongan berkenaan terutama guru sememangnya wajar dan diperlukan.

Masyarakat tidak pernah mempersoalkan hak tersebut selagi mereka bergelar warganegara tetapi dari sudut lain, kebenaran berpolitik dalam konteks peranan dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik itu yang mungkin merisaukan.

Namun, kebenaran untuk berpolitik yang diberikan diharap tidak tidak mengganggu tugas hakiki profesion perguruan guru-guru sekolah dan petugas kemas.

Menurut Pensyarah Kanan Sains Politik Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM), Mujibu Abd Muis, perkara utama yang merisaukan ialah sejauh mana kebebasan berpolitik guru itu kelak tidak akan mengganggu tugas hakiki mereka.

“ Kedua, sudah tentulah persoalan profesionalisme perguruan atas kebimbangan adanya kecenderungan menyebarkan fahaman dan ideologi politik yang mungkin membawa kepada proses indoktrinasi pelajar yang rata-ratanya masih muda dan mentah.

“Mungkin ada banyak lagi alasan yang boleh difikirkan tetapi dua inilah yang menjadi kerisauan terbesar masyarakat. Benar, mungkin ada panduan, pekeliling dan perintah am berkaitan kebenaran tersebut, namun perasaan skeptikal terhadap kelemahan dan ketaksuban manusia terhadap sesuatu perkara terutama melibatkan hal-hal sensitif seperti politik tetap ada,” jelasnya.

Tambah beliau, sebagai guru, salah satu perkara diterapkan sebelum memulakan tugasan adalah aspek keobjektifan dalam mendidik pelajar berdasarkan prinsip hikmah, kebijaksanaan dan berkecuali (wisdom, discretion & neutrality).

Ini kerana tugas sebagai guru seharusnya membantu pelajar untuk belajar menjadi pemikir kritis dan mampu mengembangkan pengetahuan mereka sendiri selepasnya.

“Jadi, bayangkanlah situasinya jika guru ada kecenderungan terhadap mana-mana parti dalam berhujah. Sudah tentulah elemen hikmah, kebijaksanaan dan berkecuali itu tadi tidak akan timbul dalam perbincangan tersebut.

“Namun, menjadikan politik sebagai sesuatu yang tabu di sekolah juga adalah salah. Ada banyak perkara tentang politik yang boleh dipelajari dan didedahkan kepada pelajar. Politik bukan sekadar ideologi atau anutan politik tetapi ia melibatkan kewujudan sistem perhubungan yang kompleks dalam masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, perspektif politik yang mencapah dalam segenap dimensi kehidupan menjadikan ia sebagai suatu hakikat kehidupan. Justeru, mengetepikan politik semata-mata kerana kebimbangan tidak berasas adalah ketidakadilan.

Dalam pada itu, Presiden Ikatan Guru- Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, sekolah sewajarnya menjadi tempat bebas politik daripada agenda mana-mana parti dengan keutamaan guru adalah melaksanakan tugas perguruan dan pendidikan.

“Pihak iGuru berharap kebenaran ini tidak mengganggu tugas hakiki seorang guru iaitu memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid-murid serta mengelakkan sekolah dijadikan medan politik.

“Guru-guru perlu profesional dan tahu membezakan tugas sebagai guru dan aktivis politik. Ini bagi mengelakkan mereka bermasam muka akibat perbezaan pandangan politik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azizee berkata, iGuru bagaimanapun mengalu-alukan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu guru sekolah di seluruh negara dan petugas Kemas dibenarkan untuk berpolitik atas semangat prinsip demokrasi.

“Pihak iGuru meminta kebenaran ini melalui surat pekeliling rasmi daripada Kementerian Pendidikan untuk memudahkan perkara tersebut dan kejelasan dari sudut prosedur dan syarat kebenaran berpolitik.

Berita berkaitan
Gerakan sokong usaha ajar Hadis 40 di sekolah kepada sekolah agama: Dominic
August 27, 2023· Politik
Radzi jawab tuduhan Maszlee, nasihat korbankan perangai busuk hati
June 29, 2023· Politik
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023· Isu semasa
PMX umum peruntukan tambahan RM3O juta kepada sekolah Tamil
June 10, 2023· Isu semasa
Popular
SPRM masih cari jutaan ringgit kes pembantu menteri DAP: Laporan
April 18, 2023
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Kata masuk pelaburan berbilion, Rafidah terkejut kilang tayar tutup
March 7, 2024 · Isu semasa
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024 · Isu semasa
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok