Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai

January 12, 2022 · Isu semasa

Kes perceraian pasangan suami isteri sudah menjadi seperti perkara normal sejak kebelakangan ini. Semakin hari semakin banyak isu cerai yang kita dengar.

Perkahwinan merupakan satu hubungan bersama atau kerjasama antara suami dan isteri.

Namun, terdapat rumah tangga yang dibina ditimpa masalah dan tidak berpanjangan. Masalah ini boleh terjadi akibat daripada pelbagai faktor sama ada faktor keadaan atau kesesuaian dalam menyempurnakan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Apabila penceraian berlaku, tanggungjawab suami memberi nafkah tidak terputus serta-merta, begitu juga dengan hak isteri dalam mewarisi harta suami dan sebaliknya. Hak waris-mewarisi ini masih tidak terhenti dalam tempoh dan syarat yang ditentukan. Banyak perkara yang menjadi tanda tanya dalam soal hak harta sepencarian. Tambahan pula, terdapat salah faham masyarakat yang menekankan bahawa isteri secara automatik akan mendapat 50 peratus harta tersebut.

Menurut Hakim Utama Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Mohammad Taifor Ahmad Rusdi, terdapat perbezaan antara harta dan bukan harta sepencarian.

Katanya, harta sepencarian ialah pendapatan yang diperoleh dalam tempoh perkahwinan.

Ini bermakna harta diperoleh oleh suami dalam tempoh perkahwinan walaupun pemerolehan itu menggunakan wangnya sendiri atau hasil titik peluhnya tanpa sebarang sumbangan secara langsung daripada pihak isteri (sebagai isteri dikira sumbangan tak langsung).

“Sama ada harta isteri atau harta suami yang dibawa sebelum berkahwin kemudian dimajukan secara bersama dalam masa perkahwinan, maka harta tersebut juga termasuk dalam harta sepencarian.

“Ini termasuk hasil dan nilai tambahan daripada perkembangan dan pemajuan melalui usaha sendiri pihak yang satu lagi kepada perkahwinan itu atau usaha bersama pihak-pihak kepada perkahwinan itu semasa perkahwinan berkenaan dengan harta-harta itu,” katanya.

Tambah Mohammad Taifor, harta sepencarian juga bermaksud apa-apa sumbangan oleh isteri dalam menjaga keluarga dan rumah tangga atau apa-apa urusan lain yang perhubungan dengan pemerolehan harta hendaklah dikira sebagai usaha bersama dalam menafsirkan takrif ‘ harta sepencarian’.

Selain itu, sumbangan oleh suami (selain sumbangan dalam menunaikan kewajipannya menjaga keluarga dan rumah tangga sebagaimana yang ditetapkan oleh hukum syarak) yang membawa kepada pemerolehan harta hendaklah dikira sebagai usaha bersama bagi maksud mentafsirkan takrif ‘harta sepencarian’.

Ketidakfahaman terhadap undang-undang keluarga Islam menyebabkan ramai wanita berasa diri teraniaya.

Kata Mohammad Taifor, banyak salah faham berlaku terhadap undang-undang keluarga Islam, sedangkan isteri berhak mendapat tuntutan harta sepencarian jika berlaku perceraian atau suami meninggal dunia.

“Jika dokumen tuntutan lengkap, saya percaya setiap kes boleh diselesaikan dengan cepat sebelum daripada perbicaraan,” katanya.

Sehubungan itu, Mohammad Taifor berkata, seseorang isteri itu perlu tahu hak mereka, sama ada jika diceraikan atau berlaku kematian suami.

“Hak isteri selepas diceraikan cukup banyak untuk dituntut apatah lagi jika diceraikan tanpa sebab. Wanita perlu tahu haknya terutama dalam kes harta sepencarian sama ada sumbangan secara langsung atau tidak langsung kepada harta tersebut.

“Ini menunjukkan bahawa hak mereka sebagai isteri itu ada walaupun takat sumbangan secara tidak langsung. Ambil maklum dan cakna apa hak-hak anda sebagai seorang isteri atau balu,” katanya.

Nasihat beliau, wanita yang mempunyai masalah berkaitan tuntutan hak di mahkamah syariah terutama hak harta sepencarian boleh berjumpa dengan mana-mana peguam syarie bertauliah bagi membantu dari segi khidmat nasihat dan bantuan menuntut hak di dalam mahkamah.

“Isteri juga boleh berjumpa dengan Jabatan Bantuan Guaman bagi yang tidak mampu membayar khidmat guaman swasta akan tetapi masih dikenakan bayaran mahupun bantuan guaman kerajaan.

“Mereka boleh terus menghubungi atau berjumpa peguam syarie yang bertauliah di mana-mana saluran mahupun di pejabat peguam tersebut,” katanya.

Popular
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023 · Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023 · Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023 · Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023 · Isu semasa
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
12 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok