Kekurangan doktor di HKL, HTA hanya sementara

July 1, 2022 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan (KKM) berkata kekurangan pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Tunku Azizah (HTA) adalah perkara biasa apabila berlaku pertukaran dan perpindahan.

KKM dalam kenyataan hari ini menjelaskan mengenai isu surat dari HKL yang tular berkaitan kekurangan pegawai perubatan di kedua-dua hospital itu berikutan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL bermula 18 Julai.

Krisis kekurangan pegawai perubatan di HTA dan HKL adalah tidak berbangkit.

“Selaras dengan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL dan HTA pada 18 Julai 2022, KKM juga merancang pertukaran masuk pegawai perubatan dari negeri lain ke HKL dan HTA pada tarikh yang sama bagi menggantikan pegawai perubatan yang bertukar keluar,” menurut kenyataan itu.

Menurut KKM urusan pertukaran keluar pegawai perubatan dari HKL adalah prosedur biasa bagi melaksanakan arahan dan memproses permohonan pertukaran pegawai dari semasa ke semasa.

“Untuk makluman, surat yang dikeluarkan oleh pengurusan HKL itu bertujuan melaksanakan penyelarasan dalaman bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan khususnya di Jabatan Kecemasan HTA terus berjalan lancar,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, BH melaporkan HKL dan HTA, bakal berdepan dengan isu kekurangan pegawai perubatan yang kritikal bermula bulan depan.

Perkara itu disahkan seorang pegawai perubatan HKL yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan krisis itu berlaku apabila hampir 100 pegawai perubatan junior daripada semua bahagian akan berpindah ke negeri lain mulai 18 Julai ini.

Menurut sumber, krisis itu amat membimbangkan berikutan jumlah kakitangan sedia ada di hospital itu memang tidak mencukupi, di samping berlaku peningkatan jumlah pesakit ketika ini.

Akibat krisis itu, katanya, pihak pengurusan HKL mengeluarkan surat semalam untuk mengadakan pertemuan dengan pegawai perubatan bidang pengurusan hari ini bagi membincangkan langkah penyelesaian isu berkenaan.

Berita berkaitan
Najib pulang ke Penjara Kajang selepas terima rawatan
November 5, 2023· Politik
Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat
November 4, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM
June 26, 2023· Isu semasa
Popular
Pelajar sekolah balik cuti raya Cina tak dibenar pulang ke asrama
February 5, 2022
Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah
March 28, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok