Semoga cepat sembuh, doa Muhyiddin kepada Najib yang sedang dirawat

November 4, 2023 · Politik

Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan keprihatinan kepada Datuk Seri Najib Razak supaya diberi kesembuhan daripada Covid-19 dan sedang dirawat di hospital ketika ini.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata dimaklumkan berhubung keadaan bekas perdana menteri itu yang disahkan dijangkiti Covid-19 dan mendoakan agar diberikan kesembuhan segera.

“Saya dimaklumkan bahawa Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur selepas disahkan positif Covid-19.

“Saya mendoakan semoga Allah SWT memberikan kesembuhan kepada Datuk Seri Najib Razak dan dipermudahkan urusan rawatan beliau,” katanya menerusi Facebook.

Sebelum ini, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bekas Perdana Menteri itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas beliau mengadu demam.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Pada 23 Ogos 2022, Najib dijatuhi hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International.

Beliau masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
6 jam lalu · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
3 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok