Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO

May 11, 2023 · Politik

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mendakwa wujudnya ‘gunting dalam lipatan’ dalam kalangan pemimpin UMNO sendiri yang menjadi cabaran buat parti itu.

Tanpa menyebut nama, beliau berkata pemimpin berkenaan lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding parti dan ahlinya.

“Selain adanya usaha pihak tertentu mengekang kemaraan UMNO, cabaran yang tidak kelihatan ialah cabaran dalaman dari pemimpin UMNO sendiri yang bersikap seperti ‘gunting dalam lipatan’.

“Perkara ini sudah berlaku kerana pemimpin yang berkenaan lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding parti dan ahli UMNO. Atas sebab itulah prinsip perjuangan dan kesetiaan mereka bersama UMNO mudah diperkosa,” katanya dalam perutusan sempena ulang tahun UMNO ke-77, hari ini.

Namun katanya, tindakan pemimpin tersebut tidak sedikitpun menggugat kekuatan UMNO Sabah malah beliau menegaskan keyakinan sokongan akar umbi UMNO Sabah kekal kukuh dalam memastikan kesinambungan perjuangan parti itu di Sabah.

Selaian itu, beliau mendakwa DNA UMNO masih wujud dalam kerajaan negeri Sabah meskipun parti Melayu itu bukan lagi sebahagian daripada kerajaan yang kini di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, sebagai parti tunjang yang memerintah Sabah selama 28 tahun sebelum ini, pemimpin yang sama pernah berada dalam kerajaan BN sebelum mereka menyertai parti lain.

“Walaupun UMNO kini bukan lagi parti tunjang kerajaan negeri Sabah namun DNA parti itu masih wujud dalam diri pemimpin yang mengetuai kerajaan pimpinan GRS.

“Ketua Menteri Sabah ketika ini (Datuk Seri Hajiji Noor) ada DNA UMNO. Ketua Menteri Sabah sebelum inipun (Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) ada DNA UMNO walaupun berlainan parti,” katanya.

UMNO Sabah bersama-sama GRS membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 namun menarik diri daripada kerjasama itu pada Januari lalu selepas hilang kepercayaan terhadap Hajiji.

Hajiji menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebelum ini dan beralih arah ke Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)

Menurut Bung Moktar yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, meskipun partinya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri namun perjuangan membela nasib rakyat Sabah tetap utuh.

Tambahnya, UMNO yang sudah bertapak 33 tahun di Sabah banyak membawa kebaikan ke negeri itu meskipun ada yang cuba menafikannya

“Kita mencapai banyak kejayaan walaupun banyak halangan. Selama tempoh 28 tahun menjadi kerajaan di Sabah banyak pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang diperjuangankan UMNO dan tiada siapa boleh menafikannya,” katanya.

Berita berkaitan
Rosmah disaman 1MDB AS$346 juta, tuntut pulangkan barang mewah
19 jam lalu· Isu semasa
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024· Isu semasa
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Popular
Diugut tindakan saman pengikut Najib, MB Kedah kata ‘dia punya pasal’
April 29, 2022
Tajuddin sokong Ismail Sabri jadi PM, beri amaran jangan main-main
July 3, 2022
Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin
February 11, 2023
PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin
November 7, 2022
Lagi Politik terkini
Bawa kad pengenalan, SPR ingatkan pengundi di PRK KKB
19 jam lalu · Politik
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok