Selesai kos sara hidup, bukan tak perlu tampal roadtax: Muhyiddin

February 11, 2023 · Politik

Kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) sepatutnya menyelesaikan masalah kos sara hidup rakyat dan peningkatan harga barangan yang membebankan sekarang ini, bukannya membuat keputusan orang ramai tidak perlu menampal cukai jalan kenderaan di cermin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keadaan rakyat sekarang ini tertekan dengan pelbagai isu kos sara hidup serta inflasi yang melambung tinggi, selepas menghadapi pandemik Covid-19.

“Menyelesaikan masalah-masalah kehidupan rakyat yang saat ini masih lagi terkesan dalam satu jangka waktu yang agak panjang, malahan rakyat pada hari ini masih lagi terbeban dengan pelbagai isu-isu… kos sara hidup yang meningkat dan melambung tinggi, inflasi, harga barang yang tak turun-turun.

“Minyak yang kata dah diumum untuk turun harga, sampai hari ini tak turun-turun. Ini fakta yang kita hadapi pada hari ini. Ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus cepat dan ianya tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan.

“(Tapi) untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang sudah dibentuk ini berupaya dan mampu untuk menyelesaikan masalah rakyat… kita tak payah tampal roadtax pada cermin kenderaan. Orang fikir dah tak payah bayar,” katanya ketika berucap pada majlis kesyukuran Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Dr Radzi Jidin di Putrajaya, hari ini (11 Februari 2023).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkata rakyat mengharapkan apabila sesebuah kerajaan terbentuk maka fokus paling utama ialah menyelesaikan masalah kehidupan mereka.

Katanya ada perkara-perkara yang sewajarnya kerajaan boleh terus lakukan dengan cepat untuk menyelesaikan masalah rakyat yang tidak akan melibatkan tambahan perbelanjaan kerejaan.

Beliau memberi contoh pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagaimana dilakukan kerajaan PN sebelum ini, yang tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan kerana wang itu adalah simpanan pekerja.

“Saya percaya pada waktu itu pengeluran KWSP telah mengurangkan bebanan rakyat. Dan tidak menyebabkan kos kepada kerajaan. (Ada yang kata) dah tua mana duit nak dapat? Betul… Tetapi itu soalan kedua. Kalau hari ni kerajaan tak buat begini dan rakyat masih menderita,” katanya.

Menurutnya pemberian moratorium juga perlu dilakukan bagi membantu orang ramai, khusus perusahaan mikro kecil dan sederhana (SME) yang kini berdepan masalah sedangkan kumpulan industri itu adalah penyumbang besar kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Di waktu kita dulu kita putuskan minta supaya dengan kerjasama semua bank… kita menerusi keputusan telah dibuat oleh kerajaan dan Bank Negara maka semua bank luluskan untuk beri moratorium. Dalam erti kata kalau dia kena bayar, ditangguhkan bayaran, bukan tak bayar. Bank tak rugi.

“Tangguhkan kepada enam bulan. Semua penyata kewangan bank untung berbilion-bilion ringgit. Tak rugi,” katanya.

Berita berkaitan
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PN tiada dana untuk mulakan langkah tukar kerajaan, kata Hadi
January 5, 2024· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Muhyiddin umum benar KWSP bersasar jika PN Kerajaan Pusat
November 14, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok