PN akan pastikan nilai ringgit kukuh jika jadi kerajaan, kata Muhyiddin

November 7, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan memastikan nilai ringgit diperkukuhkan semula dengan melaksanakan beberapa langkah ekonomi, sekiranya dipilih oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) 19 November ini, menjadi Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kejatuhan nilai ringgit berbanding mata wang utama dunia memang menjejaskan semua pihak, namun ia dapat dipulihkan dengan memperkukuhkan ekonomi negara terlebih dahulu.

“Jadi isu (kejatuhan nilai ringgit) ada juga berkaitan dengan soal pertumbuhan ekonomi kita, ada yang berkaitan dengan pelaburan yang datang boleh menjana pendapatan dan mengukuhkan ekonomi.

“Apabila ekonomi kita kukuh… kita tak bergantung kepada apa yang dilakukan oleh pihak lain. Sekarang ni ialah kerana ringgit dikaitkan dengan soal dolar.

“Bila Amerika menaikkan kadar OPR (kadar dasar semalaman) dan kesannya di seluruh dunia dan Malaysia juga terkesan,” katanya pada majlis dialog sempena pelancaran manifesto Perikatan Nasional ‘PN BEST’ bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau ‘PN BEST’ yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran, di Shah Alam, malam tadi (6 November 2022).

Untuk rekod, ringgit mencatat sejarah sekali lagi pada Jumaat, (4 November 2022) apabila nilainya jatuh ke paras terendah sepanjang masa – lebih rendah daripada ketika krisis kewangan Asia pada 1998.

Dengan ditutup pada 4.7460 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang tempatan itu mengatasi paras terendah 4.7380 yang dicatat pada 21 Oktober 2022.

Paras terendah ketika krisis kewangan Asia ialah 4.7250 yang dicatat pada 7 Januari 1998.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri kelapan itu berkata masalah kejatuhan nilai ringgit itu boleh diatas sekiranya kerajaan memperkukuhkan semula kedudukan ekonomi negara seberapa cepat yang boleh.

Muhyiddin berkata sekiranya Perikatan Nasional dipilih menjadi Kerajaan Pusat pada pilihan raya 19 November ini, usaha akan dilakukan bagi memperkukuh kedudukan ekonomi negara dan mempercepatkan proses pemulihannya.

“Jadi pokok kepada segala apa yang disebutkan tadi ialah macam mana kita nak kukuhkan balik kedudukan ekonomi kita.

“Itu sebab agenda yang saya sebut tadi ialah menperkukuhkan dan mempercepatkan proses pemulihan, supaya kedudukan ringgit kita makin kukuh dan ini akan menjamin harga yang lebih stabil dan sebagainya,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peserta yang terkesan akibat kejatuhan nilai ringgit yang turut menjejaskan perniagannya yang baharu sahaja hendak pulih.

Mastura Hassan dari Setapak Jaya hadir ke majlis pelancaran manifesto di Shah Alam malam tadi untuk bertanya mengenai langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kejatuhan nilai ringgit.

Menurutnya beliau yang memperoleh bantuan ketika Kerajaan Perikatan Nasional memerintah sebelum ini, baharu sahaja bangkit daripada perniagaan, namun kini berdepan kesukaran akibat kejatuhan nilai mata wang tempatan, yang menyebabkan harga barangan naik.

“Saya belajar buat salai. Saya bangkit. Tapi untuk makluman abah sekarang ni saya rasa dulu saya boleh berjalan, saya boleh berlari… tapi sekarang saya dah mula merangka. Bolehkan kejatuhan ringgit Malaysia dihentikan. Jangan biarkan jatuh lagi… kami peniaga kecil sangat terkesan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
1 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
48 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
12 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
18 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok