Diugut tindakan saman pengikut Najib, MB Kedah kata ‘dia punya pasal’

April 29, 2022 · Politik

Walaupun berdepan ugutan saman pengikut setia Datuk Seri Najib Razak yang memberi tempoh 48 jam, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor enggan mengambil tahu tindakan yang bakal dihadapinya nanti.

Sebaliknya Sanusi membalas kepada budak Najib, Isham Jalil berhubung ugutan saman tersebut dengan berkata, “…dia nak buat apa dia punya pasal.”

Dipetik laporan portal FMT, Sanusi juga membuat perbandingan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor itu sebagai seekor ikan seluang yang membawa maksud seseorang yang kecil tetapi berlagak abang besar mahu membuat ancaman sesuka hatinya.

“Saya tak layan ‘anak seluang’ yang bergayut pada fake document (dokumen palsu)/ rubbish (sampah) dalam usaha menjadi baung. Tak perlu… saya tak ada lantik lawyer (peguam) ka tukang salak ka… saya tak ada kaitan dengan dakwaan dia,” katanya lagi.

Ditanya sama ada akan mengambil peguam untuk mempertahankan dirinya susulan ancaman Isham, Sanusi berkata tidak akan mengambil langkah sedemikian memandangkan tidak mempunyai kaitan dengan apa diperkatakan Isham.

Pertelingkahan antara Muhammad Sanusia dan Isham tercetus apabila Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS tidak menolak kemungkinan dokumen “PASLeaks” dilakukan BN menerusi laskar sibernya.

Beliau berkata, ada pegawai dalam BN yang kuat mendesak Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Naib Presiden Pas untuk bersumpah laknat susulan penularan dokumen itu.

“Dia mungkin ada kepentingan pada dokumen itu dan sedang guna dokumen itu. Orang macam ini ada potensi untuk buat dokumen,” katanya.

Sanusi berkata, pendedahan dokumen itu yang mendakwa wujud perancangan sulit bagi menjatuhkan pimpinan UMNO sebagai perkara tidak benar.

“Saya tak tahu siapa tulis minit itu, mungkin ‘jebon’ yang tulis minit mesyuarat itu,” katanya merujuk haiwan jenis musang dipanggil cerpelai atau ‘mongoose’ yang digambarkan sangat lincah dan licik.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
‘Kedai online’ dedah barangan mewah dimiliki ahli politik
November 16, 2022
Lagi Politik terkini
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
6 jam lalu · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok