Kilang pemasangan Porsche pertama Malaysia dilancar di Kedah

March 28, 2022 · Isu semasa

Pembukaan kilang pemasangan tempatan untuk Porsche di sini merupakan satu lagi kejayaan bagi Kedah dalam menarik pelaburan asing untuk sektor automotif di negeri ini, titah Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Baginda tertitah, kehadiran syarikat itu dan kewujudan industri lain yang terdapat di Kulim menunjukkan Kedah telah menjadi pilihan kepada pelabur dan ia boleh diperkembangkan lagi, menurut laporan Bernama.

“Kedah juga adalah hab pemasangan tempatan untuk jenama terkemuka automatif dunia sejak beberapa dekad lalu. Bermula dengan industri pemasangan motosikal di Gurun, Kedah terus berkembang dengan menjadi lokasi pilihan untuk jenama besar seperti BMW, KIA, Mazda dan beberapa jenama lain.

“Potensi dan kebolehan rakyat Kedah sememangnya telah dibentuk serta diperkembangkan dan kini ia dikenali oleh pemain industri automatif, baik yang dekat mahupun yang jauh,” titah baginda semasa melancarkan ‘Kilang Pemasangan Tempatan untuk Porsche’ di sini hari ini.

Raja Muda bertitah kilang pemasangan itu menandakan titik perubahan dalam trajektori pertumbuhan Kedah dan mewujudkan peluang ekonomi yang besar kepada masyarakat setempat, menghasilkan kesan rama-rama yang akan memberi manfaat kepada negeri ini.

Selain itu, Tengku Sarafudin Badlishah bertitah pembukaan kemudahan pemasangan baharu tersebut meletakkan Malaysia di dalam peta, dengan pengiktirafan bakat teknikal tempatan, yang pastinya bertaraf dunia pada hari ini.

“Adalah menjadi harapan beta bahawa ini akan menjadi pemangkin kepada peluang potensi lain ketika kita memacu Kedah ke tahap yang lebih tinggi. Ternyata kerjasama antara Sime Darby dan Porsche AG akan memberi kesan yang positif kepada Kedah,” titah baginda.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta pengurusan tertinggi Sime Darby Bhd dan Porsche.

Berita berkaitan
Jangan jadi ‘orang suruhan’ untuk kepentingan pihak tertentu, kata MB Kedah
January 8, 2024· Berita
Idea SG4 yang tepat pada waktu yang tepat
October 15, 2023· Rencana
Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula
October 14, 2023· Politik
Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu
October 12, 2023· Isu semasa
Popular
Kemiskinan berleluasa, ketidakstabilan ekonomi akibat rasuah
February 8, 2023
Sekatan perjalanan luar negara jika terdapat tunggakan cukai: LHDN
February 20, 2023
Media sosial dunia tanpa sempadan
June 28, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok