Sanusi kecewa projek KXP tercicir dalam Bajet 2024, gesa dipertimbang semula

October 14, 2023 · Politik

Kekecewaan diluahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas pembentangan Bajet 2024 oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menyaksikan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) tercicir.

Menteri Besar Kedah itu berkata projek berimpak tinggi yang akan memberi banyak manfaat kepada ekonomi di wilayah utara hanya memerlukan kelulusan tanpa pembiayaan daripada kerajaan pusat kerana akan dibangunkan secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI).

“Projek KXP adalah keperluan masa hadapan negara dan akan menjadi ‘economic game changer’ yang terpenting.

“Kita harap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, akan menimbangkan semula cadangan ini,” katanya melalui kenyataan.

Terdahulu, media melaporkan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai kemampuan kewangan membangunkan KXP, selain mendedahkan syarikat tempatan yang dipilih kerajaan negeri melaksanakan projek terbabit turut tidak berupaya berbuat demikian.

Sanusi bagaimanapun dilaporkan berkata, sekurang-kurangnya 18 firma berminat membangunkan KXP sekiranya syarikat tempatan dipilih tidak berupaya melaksanakannya.

Beliau menyifatkan tindakan Anwar mendedahkan nama syarikat tempatan berkenaan di Dewan Rakyat Mac lalu sebagai tidak tepat.

Mengulas pengumuman Bajet 2024 oleh Perdana Menteri petang tadi, Sanusi berkata pihaknya berterima kasih atas daya usaha kerajaan menaikkan kadar Skim Subsidi Harga Padi daripada RM360 kepada RM500 satu tan.

“Bagi pihak kerajaan negeri, saya turut menghargai langkah Kerajaan Persekutuan menaikkan harga lantai belian padi oleh pengilang daripada RM1,200 setan kepada RM1,300.

“Adalah diharapkan langkah ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada petani petani kita, terutama di Kedah,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga mengalu-alukan pengumuman untuk Kerajaan Persekutuan memulakan projek tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun, termasuk di Kota Sarang Semut, di sini.

“Terima kasih juga atas cadangan pembangunan blok baharu pendidikan khas di SMK Kubang Rotan di Kuala Kedah, selain Program Transformasi Bas Henti Henti di Kota Setar,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
21 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok