Spekulasi syarikat kerajaan negeri sorok beras adalah palsu

October 12, 2023 · Isu semasa

Laporan media yang memaklumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa sebuah syarikat milik kerajaan negeri Kedah membekalkan beras tempatan adalah palsu.

Menurut akhbar tersebut, syarikat terbabit telah mendapat kontrak pembekalan beras daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan negeri bernilai lebih RM100 juta setahun kira-kira tujuh tahun lalu bagi pembekalan beras di Semenanjung Malaysia.

Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyangkal spekulasi tersebut dan tindakan akan diambil ke atas individu-individu yang menyebarkan berita palsu tersebut.

“Mereka perlu menarik semula ‘posting’ tuduhan tersebut dalam tempoh 24 jam kerana telah beri gambaran bahawa masalah beras tempatan berkait dengan negeri Kedah,” tegas beliau dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO Negeri Kedah di sini, hari ini.

Tambah beliau, pasukan peguam akan menjejaki semua pemilik akaun media sosial untuk diambil tindakan mahkamah termasuklah kepada syarikat akhbar dan para wartawan yang menyebarkan maklumat palsu.

Muhammad Sanusi berkata sebaiknya pihak SPRM tidak perlu berkongsi maklumat atau dedahkan perkara yang tidak sahih kepada akhbar untuk disebarkan dan jika perlu buat pendakwaan silalah berbuat demikian.

“Saya berharap agar SPRM dapat menjalankan tugas mengikut akta yang ditetapkan dan menyiasat tanpa melontarkan berita yang dapat menimbulkan spekulasi tidak baik dan kekeliruan dikalangan masyarakat,” katanya lagi.

Dalam pada itu Muhammad Sanusi menjelaskan pada 2 Mac 2016, satu perjanjian ‘Contract Manufacturing And Supply Agreement’ telah ditandatangani antara Syarikat Kedah Agro Holdings Berhad (830455-V) (KAHB) dengan Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd. (470098-U) (Prolink) bertempoh setahun sahaja.

“KAHB ni jadi orang tengah sahaja. Prolink jual kepada KAHB. Manakala, KAHB kemudian dijualkan pada Syarikat Central Regional Distribution Center Sdn. Bhd.

“Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara Bil. 1 Tahun 2019 yang diadakan pada 17hb Januari 2019 di Cyberjaya, Ketua Pegawai Eksekutif telah memaklumkan bahawa semua urus niaga pemasaran beras telah dihentikan.

“Pihak Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah juga telah melakukan Audit Khas pada 18/04/2019 berhubung isu pemasaran beras agro.

“Pada 11 Oktober 2021, pihak Kedah Agro telah menerima makluman isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 Siri 2 berstatus ‘SELESAI’ (HIJAU),” ujarnya.

Menteri Besar menegaskan agar pihak kerajaan Persekutuan tidak menjadikan Kedah sebagai ‘kambing hitam’ apabila berlaku ketidakcukupan beras tempatan di pasaran atau berlaku kenaikan harga beras import.

Menurut beliau, tumpuan orang ramai kepada negeri itu sebagai negeri pengeluar padi seolah-olah gagal kawal selia padi dan beras walhal semua itu di bawah bidang kuasa Persekutuan. – Urus Setia Penerangan Darul Aman, 11 Oktober, 2023.

Berita berkaitan
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center
November 22, 2023· Politik
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Agus sahkan hantar surat letak jawatan bos J-KOM
November 17, 2023· Politik
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Masalah pengangkutan awam tiada kesudahan
June 27, 2022
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
7 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Ir Khairil di ceramah PAS Gong Limau
49 minit lalu
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok