
Jika ada yang mendakwa SG4 seperti memusuhi Kerajaan Persekutuan, sebenarnya Kerajaan Persekutuan yang telah dulu memusuhi negeri-negeri ini melalui para pemimpinnya.
Jom kita lihat sedikit fakta tentang negeri Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah.
1. Negeri pembangkang diterajui PN yang mana seluruh ahli parlimen mereka tidak diberi peruntukan oleh Kerajaan Persekutuan.
2. 4 negeri ini mempunya KDNK per kapita yang jauh lebih rendah daripada purata KDNK nasional.
3. 5.6 juta rakyat Malaysia adalah daripada 4 negeri ini iaitu merangkumi 17 peratus jumlah populasi rakyat Malaysia.
Barisan pimpinan utama SG4 telah menegaskan penubuhan blok SG4 ini untuk kerjasama pembangunan ekonomi, infrastruktur dan sosial negeri.
Mereka ada hasil bumi dan tanah yang luas untuk diuruskan seperti sektor perikanan, pertanian dan hasil minyak dan gas.
Mereka juga ada pelan untuk mewujudkan kawasan perdagangan antarabangsa melalui jalan air, laut dengan pembinaan lapangan terbang kargo dan kawasan pelabuhan.
Namun, pemimpin kerajaan seperti biasa terlalu berlebihan menafsirkan tujuan penubuhan SG4 ini dengan mengatakan PN mengamalkan politik kebencian.
Sedangkan di pihak mereka,
Bantuan air yang diberi Kelantan dipolitikkan dengan mencipta persepsi Kelantan minta peruntukan lebih daripada yang sepatutnya.
Gaji kakitangan penjawat awam yang secara tertulisnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan pun dipolitikkan oleh PM sendiri sebagai kelemahan kerajaan negeri PN yang tiada duit.
Bayaran royalti dinafikan, pembangunan KXP disekat, aset kerajaan digunakan untuk kegunaan parti.
Peruntukan kepada ahli parlimen pembangkang tidak diberi, dipaksa untuk berunding dahulu dan tertakluk kepada kelulusan PM.
Peruntukan ini sangat penting kerana kesannya akan tertempias lebih besar kepada rakyat jika mereka memerlukan bantuan segara seperti rumah terbakar, anak sakit dan sebagainya.
Jika mereka seorang wakil rakyat yang selalu ada untuk rakyat, mereka akan faham situasi sebenar pentingnya setiap wakil rakyat mempunyai sejumlah peruntukan untuk sentiasa bersedia membantu rakyat.
Kerajaan tidak perlu bimbang peruntukan ini diseleweng dan tidak sampai kepada rakyat. Jika benar rakyat sendiri yang akan menolak mereka seperti yang pernah berlaku kepada UMNO-BN.
Kerajaan Persekutuan juga secara tidak langsung telah memusuhi rakyat dan pengundinya sendiri daripada kawasan pembangkang.
Di Kedah, ada 389,874 pengundi PH-BN.
Di Perlis, ada 56, 440 pengundi PH-BN.
Di Kelantan, ada 328,459 pengundi PH-BN.
Di Terengganu, ada 269,037 pengundi PH-BN.
Jumlahnya untuk 4 negeri ini 1,043,810 pengundi PH-BN.
Bagaimana nasib mereka yang undinya telah dikhianati dan hak mereka dinafikan hanya kerana pengundi PH-BN ini dari negeri pembangkang?
Sampai bila 4 negeri ini harus berdiam diri, dikecam sebagai negeri mundur dan miskin, bahkan kelulusan untuk pembangunan negeri yang tidak menggunakan dana kerajaan juga sengaja disekat.
Jika reformasi negara telah dimatikan sendiri oleh sang pelaungnya suatu masa dahulu, maka inilah reformasi sebenar kepada negara yang akan dibawa oleh gelombang hijau yang sangat digeruni PH-BN-DAP.
Gelombang hijau itu hari ini telah laju mengorak langkah untuk memajukan negeri dengan pelan ekonomi. PMX dan angkatannya masih sibuk mempertahankan kuasa untuk 4 tahun lagi.
Mereka lebih suka menakutkan rakyat, menafikan aduan rakyat, menyekat kebebasan bersuara dan mensucikan kluster mahkamah untuk meyakinkan rakyat mereka bebas rasuah.
Bila datang soal pembangunan dan membangunkan ekonomi rakyat, isu politik mesti ditolak tepi. Kerajaan Persekuatuan tiada ruang memaksudkan usaha SG4 ini sebagai usaha memusuhi kerajaan.
Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri menegaskan, “Kita sangat terbuka untuk menerima siapa juga yang ingin membantu, termasuklah jika individu yang baru mendapat pingat Tan Sri baru-baru ini pun nak membantu, kami dengan hati terbuka akan mendengar pandangan dan saranannya, walau dari parti politik berbeza.“
Zurk Ahmad
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat
*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.
Berita tepat dan menyeluruh.