Kira elaun ‘on-call’ hanya 15 jam sehari bukan 24 jam : KKM

June 26, 2023 · Isu semasa

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan kaedah pengiraan pembayaran Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP/On-Call) bagi pegawai perubatan adalah untuk tempoh 24 jam sehari sebaliknya pengiraan sebenar hanya mengambil kira 15 jam sehari.

Menurut KKM, ETAP mengambil kira tempoh tugas atas panggilan itu selepas waktu bekerja biasa.

“Pengiraan yang dibuat dengan membahagikanRM220 (kadar ETAP aktif hari kelepasan am dan mingguan bagi pegawai perubatan) kepada 24 jam sehari (RM9.16 sejam) adalah tidak tepat kerana ETAP dibayar berdasarkan 15 jam sehari mengambil kira tempoh tugas atas panggilan selepas waktu bekerja biasa.

“Pembayaran ETAP itu adalah berdasarkan tempoh pegawai diarah bertugas atas panggilan (minimum emat jam bertugas) dan tidak termasuk waktu bekerja biasa pegawai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kenyataan itu bagi menjelaskan laporan yang membangkitkan soal isu ETAP pegawai perubatan sebelum ini.

Malah KKM turut memberi contoh pengiraan dibuat bagi keseluruhan gaji dan elaun lain termasuk ETAP.

“Sebagai contoh Dr Ali, seorang pakar perubatan gred UD52 menerima gaji (gaji pokok dan elaun tetap bulanan) sebanyak RM17,299 dan juga diarah untuk melakukan tugas atas panggilan secara aktif di hospital.

“Berdasarkan gaji yang diterima sebulan, Dr. Ali layak untuk menerima gaji sebanyak RM576.63 sehari. Bagi hari yang beliau diarah untuk bertugas atas panggilan secara aktif, beliau layak dibayar ETAP sebanyak RM250 bagi tambahan jam yang beliau bertugas selepas waktu bekerja biasa.

“Sehubungan itu, jumlah gaji yang diterima pada hari Dr. Ali melakukan tugas atas panggilan adalah RM576.63 dicampur dengan ETAP (RM250) yang mana jumlahnya adalah RM826.63 sehari,” jelas KKM.

Jelas KKM lagi, ETAP merupakan imbuhan atas tanggungjawab tambahan yang dijalankan oleh pegawai perubatan dalam merawat pesakit selepas waktu bekerja biasa.

“ETAP turut dibayar kepada pegawai perubatan yang diarah bertugas atas panggilan di klinik kesihatan yang menyediakan perkhidmatan rawatan pesakit selepas waktu pejabat,” katanya.

Sejak diperkenalkan pada 1994, kali terakhir kadar ETAP disemak dan dinaikkan pada tahun 2012.

Berita berkaitan
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
2 jam lalu· Isu semasa
Awesome TV digantung penyiaran bermula 2 November
October 19, 2023· Isu semasa
Nyahsenarai cecair nikotin: MCTC saman menteri kesihatan, kerajaan
July 3, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
6 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
7 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Loke sahkan tiada diskaun saman JPJ akan diberikan
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok