Jalan tertinggi di Malaysia dibuka

January 14, 2022 · Isu semasa

Laluan Berkembar Paya Terubong di Jalan Bukit Kukus, Pulau Pinang dibuka kepada orang ramai mulai semalam, selepas mengambil tempoh selama enam tahun untuk disiapkan.

Ikon terbaharu Pulau Pinang itu – jalan tertinggi di Malaysia – dengan ketinggian 60 meter melebihi persimpangan Jambatan Rawang yang tingginya 58.2 meter, mampu mengurangkan kesesakan dan memberi manfaat kepada kira-kira 60,000 pengguna setiap hari.

Laluan itu adalah konsesi yang disiapkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) membabitkan laluan sejauh 3.825 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM378.2 juta, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

“Istimewanya projek ini terdapat satu laluan dengan ketinggian 61.5 meter menjadikan ia sebagai jalan raya paling tinggi di Malaysia.

“Kerja pembinaan yang bermula pada 14 Januari 2016 itu siap pada 24 Disember tahun lalu membabitkan beberapa skop pembinaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan projek itu tertangguh beberapa kali berikutan insiden tanah runtuh, selain penularan pandemik Covid-19 dan beberapa isu teknikal membabitkan kerja tambahan.

Laluan itu menjadi jalan alternatif kepada penduduk di kawasan Paya Terubong dan Air Itam ke kawasan Bukit Jambul, Bukit Gambir, Balik Pulau dan sekitarnya.

Turut disediakan lorong basikal di sepanjang jejambat jalan itu bagi memberi peluang kepada penggemar sukan berbasikal menjalankan aktiviti ini di jejambat tertinggi.

MBPP juga merancang membina kawasan rekreasi di sini untuk memberi kemudahan kepada orang ramai beriadah.

Setiausaha MBPP, Ir A Rajendran berkata jalan itu dibina mengikut piawaian ditetapkan dari segi keselamatan, had kelajuan dan lain-lain.

“Selain Jabatan Kerja Raya (JKR), kita juga melantik bahagian geologi bagi mengkaji keselamatan bahagian cerun di sini, ” katanya.

Berita berkaitan
Banjir Kelantan: Penduduk di Kuala Krai terputus hubungan, jalan tenggelam
December 27, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Bencana kepala air: Jalan pintasan Bukit Tinggi, Jalan Lama Gombak-Bentong ditutup
November 26, 2023· Isu semasa
Laporan polis dibuat berhubung video tular jambatan kedua retak
October 30, 2023· Isu semasa
Popular
Dua maut, 51 mangsa tanah runtuh di Kuala Kubu Bharu masih hilang
December 16, 2022
Jangan harap Najib nak dapatkan duit rakyat yang dia curi: Muhyiddin
March 9, 2022
Baik buruk media sosial
March 26, 2022
Imej negara tercalar akibat rasuah dan penyelewengan, kata PM duduk disebelah Zahid
February 24, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024 · Isu semasa
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok