Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian

September 30, 2022 · Isu semasa

Kos sara hidup tinggi bukan sahaja menambahkan beban terhadap golongan yang sudah berkerja, tetapi turut meletakkan tekanan tambahan yang tinggi kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Menerusi tinjauan SatuBerita di sebuah universiti awam sekitar Bangsar mendapati, rata-rata pelajar mengakui sedang menghadapi masalah kewangan biarpun telah cuba sedaya upaya untuk berjimat cermat.

Bagi pelajar jurusan Sains Hayat, Nisa Ezzatie, 20 berkata duit belanja yang diperoleh daripada ibu bapanya hanya ‘cukup-cukup makan’ sahaja biarpun sudah berjimat.

“Kekangan dari sudut kewangan memang masalah utama kepada pelajar sebab banyak keperluan seperti buku yang perlu dibeli. Duit yang tinggal pun cukup – cukup sahaja itu pun dah berjimat, jadi memang kena uruskan dengan betul.

“Tambah pula duduk dekat ibu kota. Ramai juga kawan – kawan saya yang agak susah dan datang dari keluarga B40. Memang ada tajaan yang pihak universiti sediakan tapi tak semua pelajar boleh ‘score’ untuk manfaatkan peluang itu,” katanya.

Bagi pelajar jurusan Sains Fizikal, Aliff Ammar, 18, pula berpandangan tekanan yang dirasakan akibat peningkatan kos sara hidup itu lebih terasa apabila terdapat pelajar yang kurang bernasib baik mahu menempatkan diri di kolej kediaman terpaksa menyewa di luar.

“Kalau berada dalam kampus sekurang – kurangnya RM15 hingga RM20 untuk makan sehari. pelajar akan alami sedikit masalah sekiranya tidak dapat menginap di kolej kediaman sebab ada sesetengah universiti yang menetapkan syarat purata nilai gred kumulatif (CGPA) tertentu.

“Andai kata pelajar itu tak bernasib baik dan terpaksa duduk di luar,ini akan menambahkan lagi kos kerana mereka perlukan duit untuk tempat tinggal termasuk kenderaan untuk bergerak dari rumah sewa ke kampus,” ujarnya.

Aliff menambah, biarpun dirinya boleh mengharapkan wang saku daripada ibu bapanya, dia mengakui bahawa wang itu tidak mencukupi sehingga memaksa dirinya melakukan kerja sambilan setiap kali cuti semester.

Perkara yang sama diutarakan oleh pelajar tahun dua jurusan Pengurusan Sukan, Tan Siew Eng 22, berkata sekiranya pelajar-pelajar terpaksa menyewa rumah di luar kolej, mereka memerlukan duit dalam kuantiti yang banyak untuk membayar deposit sewa berkenaan.

“Ada pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan, jadi apabila tidak mampu untuk tanggung perbelanjaan, mereka rancang untuk berhenti belajar,” tambahnya.

Bagi pelajar tahun dua Jurusan Bahasa dan Linguistik, Allysha Shahira, 21, mengakui dirinya terpaksa mengharapkan elaun makanan di kafe tempat dirinya bekerja secara sambilan untuk mengisi perut.

“Kalau nak dikira, yuran pengajian sahaja dah nak dekat RM1,000, tambah lagi dengan kolej penginapan lebih RM2,000. Sekarang saya buat kerja sambilan di kafe dapatlah RM6 sejam, kalau kerja di kafe, saya dapat elaun makan. Bolehlah tumpang makan sekali,” luahnya.

Sementara itu, pelajar jurusan Sains Fizikal, Aqmal Iman, 18, menceritakan bahawa salah seorang kenalannya terpaksa menangguhkan pengajian ekoran sudah tidak mampu menampung perbelanjaan biarpun mempunyai potensi cemerlang dalam pelajaran.

“Ramai kawan saya juga tidak mendapat sebarang tajaan biarpun memperoleh keputusan yang baik. Saya berpandangan, kerajaan perlu lebih utamakan usaha membantu pelajar yang mempunyai potensi untuk cemerlang,” katanya.

Terdahulu pada Sabtu, media melaporkan bahawa lebih ramai pelajar pengajian tinggi dikhuatiri meninggalkan universiti akibat kekangan kewangan yang dihadapi mereka.

Menurut laporan itu, sebilangan pelajar sudah dikesan meninggalkan pengajian ekoran tidak mampu menyara diri terutamanya bagi pelajar yang melanjutkan pengajian di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Selangor. – satuberita

Berita berkaitan
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain
October 30, 2023· Isu semasa
Kurang ahli dalam Dewan Rakyat sekali lagi, sidang ditangguhkan seketika
October 25, 2023· Politik
Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok
October 10, 2023· Isu semasa
Popular
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Jalan tertinggi di Malaysia dibuka
January 14, 2022
Kos sara hidup tinggi: Pelajar IPT terpaksa tangguh pengajian
September 30, 2022
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok