MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain

October 30, 2023 · Isu semasa

Ahli Parlimen (MP) Labuan Datuk Suhaili Abdul Rahman daripada Perikatan Nasional (PN) menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini MP Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid mengambil langkah sama dengan menyatakan sokongan kepada Anwar dan bakal berdepan tindakan disiplin.

Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira kesemua permasalahan rakyat Labuan yang berdepan dengan kos sara hidup yang semakin tinggi serta gangguan bekalan air dan bekalan elektrik yang berterusan.

Suhaili turut menyatakan sokongan kepada Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Mohd Noor.

“Bagi mengelak sebarang keraguan, saya ingin menegaskan bahawa dengan menyatakan sokongan saya kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga kepimpinan Ketua Menteri Sabah, saya akan terus taat, setia dan kekal sebagai Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Meskipun berkemungkinan akan berdepan dengan risiko sebarang tindakan disiplin daripada parti, namun saya bersedia menerimanya demi memastikan kebajikan rakyat Labuan dan pengundi-pengundi di kawasan saya terbela dari terus menjadi mangsa keadaan dan ketinggalan dalam pelbagai aspek pembagunan kerana perbalahan naratif politik seperti mana yang berlaku sekarang,” katanya.

“Saya dengan ini menyokong dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif kerajaan dalam hal-hal yang mengutamakan usaha-usaha memantapkan pembangunan, ekonomi dan kebajikan rakyat negara ini sehingga pilihan raya umum ke-16 akan datang,” kata beliau.

Suhaili berkata keputusan beliau untuk menyokong Perdana Menteri adalah tanpa sebarang paksaan atau tekanan daripada mana-mana pihak dan melakukannya dengan seikhlas hati demi kepentingan rakyat Labuan

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, Suhaili memperoleh 8,124 undi selepas mengalahkan Datuk Bashir Alias daripada Barisan Nasional dengan majoriti 708 undi.

Berita berkaitan
Bukit Aman siasat ugutan bunuh PM tular dalam TikTok
November 26, 2023· Politik
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023· Politik
Kami ada bukti broker ‘Datuk Botak’ beli MP Bersatu, kata Wan Ahmad Fayhsal
November 15, 2023· Politik
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok