Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan

December 15, 2023 · Politik

Kontroversi tercetus sebelum ini berhubung cadangan Tan Sri Lim Kit Siang yang berkata tiada halangan seorang Perdana Menteri (PM) dilantik dikalangan bukan Melayu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjawab soalan wartawan berhubung isu dibangkitkan veteran DAP tersebut berkata tidak perlu keadaan dirumitkan ketika ini dengan isu-isu yang tidak sepatutnya.

“Ini bukan isu dan sekarang ini tidak pernah menjadi isu jadi jangan kita rumitkan keadaan,” katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Terdahulu, Kit Siang dalam satu kenyataan membangkitkan isu kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai PM.

Susulan itu, Kit Siang disiasat berhubung kandungan penulisan dalam hantaran media sosialnya pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan PM Malaysia.

Penulisan yang disiasat bertajuk “Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister”.

Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri hadir ke Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada Rabu lalu bagi diambil keterangan berhubung program di Manchester, United Kingdom 29 November lalu di hadapan pelajar Malaysia.

Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hanya calon Perdana Menteri dicalonkan daripada kaum Melayu.

“Setakat ini tidak ada keperluan untuk pinda Perlembagaan Persekutuan sejak merdeka sampai sekarang di mana calon PM adalah Melayu.

“Buat masa ini calon PM masih Melayu sama ada daripada kerajaan mahu pun pembangkang,” katanya lagi.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok