PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin

December 16, 2023 · Politik

Tidak mustahil UMNO akan tunduk kepada tuntutan DAP yang mahu seorang Perdana Menteri (PM) bukan Melayu selepas pilihan raya nanti, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata UMNO sebagai sebuah parti kecil dalam gabungan kerajaan campuran tidak mempunyai pilihan selain hanya tunduk kepada tuntutan DAP yang mempunyai jumlah Ahli Parlimen lebih ramai, malah dilihat tidak lagi berani bersuara.

“Dengan rancangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang pastinya akan menambah kerusi-kerusi milik DAP, parti itu akan mempunyai suara yang lebih besar dalam menentukan siapa menjadi Perdana Menteri pada masa akan datang.

“UMNO pula yang dahulunya dominan, menjadi parti kecil dalam pakatan politik yang dikuasai oleh DAP. Apa sahaja yang dituntut oleh DAP, UMNO terpaksa mengikut.

“Sejarah perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar ketika menentang Malayan Union dahulu demi mempertahankan hak orang Melayu sudah diterbalikkan oleh pemimpin UMNO hari ini. Kepentingan diri mengatasi kepentingan agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Dalam senario politik semasa, Muhyiddin membangkitkan undang-undang anti-lompat parti yang mengikat Ahli Parlimen untuk menuruti ketetapan parti walaupun ia melanggar prinsip dan ideologi asal penubuhannya, situasi yang berlaku kepada UMNO sebelum ini.

Untuk rekod, UMNO sebelum ini membuat ketetapan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai PM, tetapi berubah pendirian selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu ekoran keputusan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Ya, orang Melayu adalah golongan majoriti di negara ini. Tetapi mereka hanya memilih wakil rakyat ke Parlimen. Yang menentukan siapa menjadi Perdana Menteri bukan mereka, tetapi wakil rakyat yang mereka pilih.

“Dengan pindaan Perlembagaan mengenai lompat parti, wakil rakyat ini pula terikat dengan keputusan parti. Jika pada masa akan datang ketua parti mereka atas apa jua alasan atau kepentingan memutuskan untuk menyokong seorang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri, wakil rakyat itu mesti patuh.

“Jika tidak patuh mereka berisiko terlucut keahlian parti, terpaksa mengosongkan kerusi yang disandang dan mesti membayar pampasan bernilai ratusan juta ringgit,” terangnya lagi.

Terdahulu, veteran DAP, Lim Kit Siang dalam satu kenyataan membangkitkan isu kemungkinan orang bukan Melayu dilantik sebagai PM.

Susulan itu, Kit Siang disiasat berhubung kandungan penulisan dalam hantaran media sosialnya pada 30 November lalu yang menyentuh isu Perlembagaan berhubung pelantikan PM Malaysia.

Penulisan yang disiasat bertajuk “Malaysian Constitution Provides For a Malaysian Dream And Not a Mono-Ethnic Dream As It Provides That a Non-Malay Can Be a Prime Minister”.

Kit Siang yang juga bekas Ahli Parlimen Iskandar Puteri hadir ke Balai Polis Sea Park, Petaling Jaya pada Rabu lalu bagi diambil keterangan berhubung program di Manchester, United Kingdom 29 November lalu di hadapan pelajar Malaysia.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok