Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb

January 17, 2024 · Isu semasa

Bermula 1 Feb ini, pelarasan tarif air yang baharu bagi pengguna domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan akan dilaksana, demikian menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Pelarasan itu, yang menyaksikan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu, dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif di mana struktur dan komponen tarif air diseragamkan untuk negeri-negeri di Semenanjung serta Labuan dan ia akan dikaji semula setiap tiga tahun bagi memastikan keselarasan dalam penentuan bayaran, lapor Bernama.

SPAN dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelarasan tarif itu tidak lagi boleh ditangguhkan agar tidak menjejaskan kemapanan industri perkhidmatan air dalam jangka panjang sekali gus memberi impak kepada kualiti perkhidmatan bekalan yang dinikmati rakyat.

“Kenaikan ini masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air sebanyak RM1.75 bagi setiap meter padu berdasarkan rekod sebenar 2022,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPAN, pelaksanaan pelarasan tarif air itu adalah berdasarkan keperluan dan permintaan Kerajaan Negeri namun Kerajaan Persekutuan melalui suruhanjaya berkenaan akan memantau secara dekat bagi memastikan penambahbaikan perkhidmatan air dilaksanakan selaras dengan kenaikan tarif tersebut.

Bagi meminimumkan impak kenaikan ke atas bil air bulanan rakyat, SPAN menyarankan operator bekalan air di setiap negeri untuk meneruskan inisiatif sedia ada dengan memberi bantuan kepada pengguna domestik secara bersasar seperti pemberian rebat kepada golongan B40.

Melalui semakan tarif itu, SPAN berkata operator air lebih bersedia untuk membuat pelaburan berterusan bagi membangunkan infrastruktur sistem bekalan air.

Antaranya untuk pembinaan atau menaik taraf loji rawatan air, membuat penggantian paip usang, melaksanakan penyenggaraan secara berkala dan menangani aduan dengan lebih cekap demi menjamin kelangsungan perkhidmatan bekalan air sekali gus memenuhi ekspektasi pengguna.

“Pelarasan tarif air yang mencerminkan kos bekalan air sangat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan,” menurut kenyataan itu.

SPAN turut menyeru pengguna agar mengamalkan penggunaan air secara berhemat termasuk menggunakan produk cekap air di bawah Skim Pelabelan Produk Cekap Air oleh suruhanjaya itu, membaiki sebarang kebocoran paip dan pili air di premis masing-masing serta memasang sistem penuaian air hujan dan penggunaan air kitar semula sebagai sumber alternatif untuk kegunaan bukan minuman.

Berita berkaitan
Harga ayam naik, Menteri kata masih belum ada laporan selepas pengapungan
November 6, 2023· Isu semasa
MP Labuan pula isytihar sokong PMX selepas Iskandar Dzulkarnain
October 30, 2023· Isu semasa
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Kabinet setuju tarif perkhidmatan pembetungan domestik diselaras
September 27, 2022· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok