Kabinet setuju tarif perkhidmatan pembetungan domestik diselaras

September 27, 2022 · Isu semasa

Tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik untuk kategori domestik di Semenanjung dan Labuan akan diselaraskan masing-masing bermula 1 Januari 2023 dan 1 Oktober ini.

Mengumumkan perkara itu, Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan persetujuan pelarasan tarif bagi perkhidmatan pembetungan bersambung dan mengosongkan tangki septik itu dicapai dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 April lepas, menurut Bernama.

“Pelarasan tarif ini akan melibatkan peningkatan antara RM5 hingga RM8 sebulan bagi perkhidmatan mengosongkan untuk premis yang memiliki tangki septik berkuat kuasa 1 Okt 2022. Bagi perkhidmatan bersambung pula akan mengalami peningkatan kecil sebanyak RM2 sebulan berkuat kuasa 1 Jan 2023,” menurut KASA dalam kenyataan hari ini.

Bagi meringankan beban rakyat, bantuan bersasar disediakan melalui pemberian rebat kepada golongan yang berdaftar dengan program E-Kasih.

KASA memaklumkan purata kos sebulan bagi menyediakan perkhidmatan pembetungan bersambung adalah RM17 berbanding kadar tarif semasa iaitu antara RM2 hingga RM8, manakala kos sebenar perkhidmatan mengosongkan tangki septik pula adalah RM22 sebulan berbanding kadar tarif semasa antara RM2 hingga RM6 sebulan.

“Kadar tarif ini juga adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan tarif perkhidmatan utiliti lain seperti bekalan elektrik, telekomunikasi dan internet jalur lebar,” menurut kenyataan itu.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) adalah syarikat pembetungan nasional yang menyediakan perkhidmatan pembetungan bersambung serta mengosongkan tangki septik individu, selain memastikan loji rawatan kumbahan (LRK) awam dan aset pembetungan negara beroperasi serta diselenggara dengan baik bagi mengurangkan risiko pencemaran ke atas alam sekitar dan seterusnya kesihatan awam terjamin.

KASA memaklumkan sejak perkhidmatan pembetungan diambil alih oleh IWK pada 1994 iaitu 28 tahun lepas, tarif pembetungan tidak pernah disemak dan telah menjejaskan aliran tunai IWK menyebabkan pendapatan tidak dapat menanggung kos operasi yang semakin meningkat setiap tahun.

“Hal ini telah menjejaskan kemampanan sektor pembetungan negara secara keseluruhannya. Pelarasan kadar tarif perkhidmatan pembetungan adalah penting bagi memastikan industri perkhidmatan pembetungan yang mapan.

“Langkah ini akan membolehkan IWK memberikan tahap perkhidmatan yang efektif dan efisien. Kedudukan kewangan yang semakin mantap membolehkan IWK membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih, selain kos operasi harian,” menurut KASA.

KASA yakin pengalaman dan kepakaran dimiliki IWK dapat memastikan pengurusan operasi dan penyelenggaraan aset pembetungan lebih sistematik dan pematuhan efluen terawat mengikut piawaian ditetapkan.

“Ia sekali gus mengurangkan pencemaran kumbahan ke atas sumber air serta menyokong kelestarian alam sekitar,” menurut KASA.

Berita berkaitan
Pelarasan tarif air baharu, pengguna dijangka merasai kenaikan bermula 1 Feb
January 17, 2024· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?
November 24, 2023· Politik
Popular
Netizen persoal isu ‘roadtax’, MyJPJ jika bawa kenderaan orang lain
February 10, 2023
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024
Minyak botol vs minyak peket
July 20, 2022
Wallahi Wabilahi Watallahi, kata Najib sekali lagi ikut cara orang Arab
December 8, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
May 3, 2024 · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok