Anwar puas hati tiada menteri terlibat rasuah, perbicaraan rasuah Zahid dihentikan?

November 24, 2023 · Politik

Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan menteri dibawah kerajaan campuran yang didakwanya tidak terlibat dengan rasuah selepas setahun pentadbirannya.

Perdana Menteri daripada laporan diterima selepas membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa mendapati tiada menteri Kabinetnya terlibat amalan rasuah, bagaimanapun umum mengetahui kes perbicaraan rasuah anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini tidak diteruskan pihak pendakwaan.

Jelasnya, laporan diterimanya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Memang rakan-rakan di sebelah sana (pembangkang) kata jemu dan mual, orang Kedah kata cemuih. Seolah-olah dua istilah menakutkan mereka.

“Tetapi percayalah Malaysia ini mempunyai potensi sangat besar untuk diangkat martabatnya kalau kita betulkan isu tatakelola dan hentikan amalan rasuah.

“Alhamdulillan rakan-rakan jemaah menteri dan pimpinan dalam Kerajaan Perpaduan telah sepakat apa yang berlaku masa lalu adalah sejarah lampau.

“Alhamdulillah sepanjang satu tahun dan kita pantau melalui SPRM saya bangga kerana keputusan kita ikut proses tatakelola dan tender bagi amaran keras tidak boleh kayakan diri dan keluarga mereka, seminggu yang lalu ditanya laporan SPRM dan LHDN, PDRM, pimpinan kita dapat bertahan supaya henti penyalahgunaan kuasa dah rasuah,” katanya dipetik laporan MalaysiaGazette.

Anwar terdahulu menghadiri Majlis Kesyukuran Sempena Setahun Pentadbiran Kerajaan Madani di Dewan Seri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya malam tadi.

Mengulas lanjut, Anwar menjanjikan kerajan akan lebih agresif pada tahun kedua pentadbirannya dalam membawa perubahan dan anjakan yang diperlukan berdasarkan kestabilan politik dimiliki negara ketika ini.

Anwar berkata, perubahan itu bukan sahaja untuk menyelamatkan Malaysia malah mengangkat kembali martabat sebagai negara hebat di rantau ini.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Menteri Kesihatan perlu beri penjelasan calon BN Pengkalan Chepa guna sijil palsu?
November 9, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok