Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang

December 11, 2023 · Politik

Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini mengingatkan ahli jemaah menteri supaya menghormati institusi Parlimen dengan hadir menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.

Beliau berkata Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara, lapor Bernama.

“Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?

“Tak kan lah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen,” kata beliau semasa Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan sedang menjawab pertanyaan pada sesi jawab lisan di Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Senator Amir Md Ghazali ketika mengemukakan soalan tambahan meminta penjelasan mengenai kedudukan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing yang beliau dakwa tidak pernah hadir menjawab soalan sejak lebih lapan bulan beliau berada di Dewan Negara.

Wan Junaidi turut menegur Khairul Firdaus yang tidak menjawab soalan sebagaimana yang diajukan kepada kementerian itu.

“Yang Berhormat (Khairul Firdaus) jawab banyak pasal hal produk pelancongan (sahaja), yang ditanya di (sidang) ini adalah sikap pemain industri (dan) bukan produk (sahaja)… harap kementerian (Pelancongan, Seni dan Budaya) buat betul-betul jawapan itu,” katanya.

Berita berkaitan
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Dua anggota Kabinet baharu angkat sumpah Ahli Dewan Negara
December 12, 2023· Politik
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok