Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO

December 13, 2023 · Isu semasa

Seorang Senator UMNO, Datuk Arman Azha Abu Hanifah mempersoalkan sama ada kerajaan campuran sedar dengan keadaan rakyat yang semakin tertekan hari ini ekoran keadaan ekonomi yang semakin buruk.

Armand membangkitkan isu ekonomi yang menekan rakyat khususnya dengan langkah kerajaan mahu melaksanakan kembali Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang sememangnya hangat diperkatakan dalam kalangan rakyat biasa.

Menurutnya, cukai tersebut akan dinaikkan dari 6 peratus kepada 8 peratus yang menimbulkan satu persoalan sama ada terdapat kajian hasil yang telah dilaksanakan oleh kerajaan dalam melakukan perkara sedemikian.

“Rata-rata rakyat beradaptasi dengan apa pun kenaikan harga cukai yang dikenakan oleh pihak Kementerian demi meneruskan kelangsungan hidup.

“Namun, jangan lupa bahawa mereka juga menghadapi tekanan demi tekanan dari segi mental, emosi dan jiwa untuk mengemudi negara kita pada bila-bila masa yang akan datang,” katanya semasa sesi Perbahasan Rang Undang-Undang (2) 2023 di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menyampaikan keluhan demi keluhan yang dilalui oleh ramai rakyat termasuklah dalam kalangan T20 yang juga menghadapi pelbagai lagi cukai dalam menghadapi situasi ekonomi pada masa ini.

Tambah beliau, kenaikan cukai SST ke 8 peratus ini telah menimbulkan kegusaran terhadap kalangan rakyat itu sendiri kerana mempunyai perbezaan yang ketara dengan GST.

“Melalui GST mereka mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dalam memenuhi keperluan hidup tetapi tidak dinafikan bahawa cukai SST yang rakyat bayar akan tetap dikembalikan semula dalam bentuk kemudahan, fasiliti, bantuan bersasar yang disediakan oleh kerajaan untuk rakyat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa permintaan rakyat ialah hak kuasa beli yang lebih baik dalam pengurusan ekonomi dan perbelanjaan negara ini.

Kata beliau lagi, perkara tersebut amat penting bagi membantu rakyat menghadapi apa jua keadaan ekonomi yang berlaku.

“Bolehkah Kementerian memberikan justifikasi mengenai perkara ini kerana suara rakyat didengar oleh pihak rakyat dan perlu didengar dalam dewan yang mulia ini,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok