Rakyat Malaysia terbabit kumpulan Al-Shabaab di Somalia kena 15 tahun

September 24, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tentera Somalia menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas seorang rakyat Malaysia, Ahmad Mustakim Abdul Hamid kerana terbabit dengan aktiviti kumpulan pengganas Al-Shabaab.

Mahkamah diberitahu Ahmad Mustakim yang dikenali sebagai Al-Ansar, berpaling tadah kepada Al-Shabaab pada 2009 dan mengambil bahagian dalam pemberontakan dan serangan ke atas pemimpin Ahli Sunnah Wal Jamaah di wilayah Galgadul.

Memetik Somali Channel, seorang lagi rakyat Britain, Darren Anthony Byrness turut didapati bersalah kerana membantu Al-Shabaab memerangi rakyat Somalia.

Mahkamah Tentera berkata Byrness bertugas dengan beberapa pemimpin kanan Al-Shabaab, merancang serangan di Perancis, dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Somalia.

Mahkamah itu juga memaklumkan Ahmad Mustakim dan Byrness meninggalkan Al-Shabaab untuk menyertai ISIS, namun perjalanan mereka ke Yaman menerusi laut dibatalkan.

Pada April 2019, kedua-duanya ditangkap oleh tentera Puntland – wilayah kering di timur laut Somalia – sebelum diserah kepada negara itu.

Pengerusi Mahkamah Tentera, Kolonel Hassan Ali Nur Shuute mengumumkan kedua-duanya dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan diberi masa selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Sementara itu Bernama melaporkan Atase Akhbar Kedutaan Somalia di Malaysia Abdimajit M Osman berkata di bawah sistem kehakiman Somalia, Ahmad Mustakim berpeluang untuk membuat rayuan.

Perbicaraan Ahmad Mustakim bermula pada 2019 dan dia dilayan dengan baik serta mendapat perbicaraan yang adil mengikut undang-undang Somalia.

“Somalia sudah sekian lama dihimpit penderitaan kerana warga asing yang menyokong Al-Shabaab. Kerajaan kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warga asing yang menjejakkan kaki ke Somalia untuk menyokong kegiatan keganasan.

“Bagaimanapun, Somalia tetap mengalu-alukan rakyat Malaysia yang selalu memberikan bantuan. Somalia dan Malaysia mempunyai sejarah hubungan yang erat. Kerajaan Somalia sentiasa berhasrat untuk mengukuhkan hubungan dua hala kedua-dua negara,” katanya.

Abdimajit berkata, Ahmad Mustakim, 34, rakyat Malaysia pertama yang didakwa membantu Al-Shabaab di Somalia.

Sementara itu, Agensi Berita Somali (SONNA) melaporkan Ahmad Mustakim membantu kumpulan itu dengan memberikan pertolongan cemas dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Mogadishu dan Dhusamareb.

Pada Sabtu, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata Kementerian Luar memantau rapat penahanan dan proses perundangan yang dikenakan terhadap Ahmad Mustakim.

Saifuddin berkata pegawai Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan sudah pun berhubung dan mengadakan lawatan konsular bagi memastikan kebajikan dan kesihatan Ahmad Mustakim sentiasa terjaga.

“Kementerian Luar akan terus pantau perkembangan kes ini dan hulurkan bantuan sewajarnya kepada beliau (Ahmad Mustakim) dengan memastikan supaya hak-hak dan kebajikan sentiasa terjaga di samping pastikan beliau dibicarakan secara adil berlandaskan perundangan sewajarnya.

“Kita mesti menghormati undang-undang negara tersebut dan mungkin kita akan minta supaya wakil kedutaan hadir ketika perbicaraan kelak,” katanya.

Al-Shabaab, sekutu paling kuat al-Qaeda, terkenal dengan serangan berprofil tinggi seperti serangan 2013 terhadap Westgate Mall di Nairobi, Kenya selain terbabit dengan pembunuhan ahli politik dan pegawai tentera Somalia.

Ahmad Mustakim Abdul Hamid dipercayai masuk ke Somalia sekitar 2009 atau 2010 membantu kumpulan itu dengan memberikan pertolongan cemas dan mengambil bahagian dalam pertempuran di Mogadishu dan Dhusamareb.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
1MDB: Goldman Sachs saman kerajaan, Pengerusi Pasukan Khas terkejut dengan tindakan
October 12, 2023· Isu semasa
Norway sudah maklumkan PDRM berhubung penahanan warga Malaysia
September 14, 2023· Isu semasa
Ekonomi negara berkembang paling perlahan sejak 2021, hanya 2.9% pada suku kedua
August 18, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Iklan ‘duit raya’ GDBET333 dinyahaktif
April 16, 2021
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok