Isu kos sara hidup, PMX akan bincang dengan PM Thai dalam pertemuan esok

October 10, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata isu berkaitan kos sara hidup yang meningkat di Malaysia dan Thailand adalah antara perkara yang akan dibincangkan pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin esok.

Perdana Menteri Thailand yang baru dilantik itu dijadual tiba pagi esok untuk lawatan kerja dua hari ke Malaysia, lapor Bernama.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pertemuan itu juga turut akan membincangkan mengenai langkah-langkah untuk membantu mengurangkan beban yang dihadapi rakyat di kedua-dua negara.

“Kita (kerajaan Malaysia) akan berikhtiar sedaya upaya untuk mengurangkan beban kepada rakyat yang miskin… termasuk golongan M40 yang terkesan dengan senario ekonomi yang ada sekarang, yang juga berlaku di seluruh dunia.

“Begitu juga dengan perbincangan-perbincangan kita dengan pimpinan seluruh dunia, esok atau lusa (mengadakan pertemuan) dengan Perdana Menteri Thailand,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar menjawab soalan tambahan Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) yang antaranya ingin tahu pendekatan kerajaan untuk meningkatkan kuasa beli rakyat susulan penyusutan nilai ringgit selain langkah kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat bagi membantu golongan B40 dan M40 berikutan kenaikan harga barang.

Anwar berkata beberapa langkah yang diambil kerajaan dalam membantu mengurangkan beban rakyat turut akan diumum menerusi Belanjawan 2024 yang dijadual dibentangkan Jumaat ini.

Mengenai implikasi perbelanjaan subsidi bahan makanan daripada kerajaan, Perdana Menteri berkata ia mencecah RM81 bilion setakat ini melepasi jangkaan asal iaitu RM67 bilion.

“Sebahagian kecil adalah sebab soal nilai atau kos import yang meningkat terutamanya makanan. Jadi ini menyebabkan harus ada beberapa dasar baharu untuk menanganinya,” kata Anwar.

Berita berkaitan
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
5 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
5 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
5 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
5 jam lalu · Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
6 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
7 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok