DAP yakin pengundi Cina sokong calon UMNO di Pelangai: Loke

October 5, 2023 · Politik

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menafikan dakwaan bahawa kaum Cina terutama di sekitar Telemong dan Kampung Baru di sini tidak akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Sabtu ini.

Beliau berkata jentera DAP sudah bekerja keras untuk memastikan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka sekali gus menjamin kemenangan Barisan Nasional (BN), lapor Bernama.

Telemong merupakan kawasan di DUN Pelangai yang mempunyai majoriti penduduk bukan Melayu dengan menempatkan kira-kira 4,000 pengundi kaum Cina dan India.

“Pada Sabtu ini kita akan pastikan undi yang kita ada, kita akan alihkan kepada BN, melalui formula itu saya yakin akan membantu BN menang dengan majoriti selesa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Pesta Tang Lung Telemong malam tadi.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lepas, penyandang DUN itu, Datuk Seri Johari Harun yang mewakili BN menang dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang memperoleh 3,260 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri mendapat 2,031 undi dan calon Pejuang Isa Ahmad meraih 65 undi.

Loke berkata untuk memastikan formula berkenaan berjaya, beliau sejak awal lagi telah berpesan kepada DAP Pahang untuk berkempen bersungguh-sungguh memberi sokongan kepada BN baik dari aspek moral, sumber dan tenaga manusia.

Katanya formula peralihan undi kaum Cina dan penyokong DAP kepada BN itu telah pun terbukti berjaya membantu kemenangan BN seperti apa yang berlaku pada Pilihan Raya DUN Tioman.

Pada PRU-15, pengundian bagi DUN Tioman tidak dapat berlangsung pada hari pengundian 19 Nov 2022 berikutan kematian calon PN Md Yunus Ramli pada awal pagi sama, menyebabkan ia ditetapkan semula pada 7 Dis tahun sama.

Dalam pada itu, Loke mengakui cabaran terbesar ketika ini ialah untuk memastikan pengundi di DUN Pelangai yang tidak menetap di sini, pulang menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.

PRK Pelangai Sabtu ini diadakan ekoran kematian Johari, 53, yang merupakan seorang daripada 10 mangsa nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada petang 17 Ogos lepas, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Datuk Amizar Abu Adam, Kasim (PN) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Berita berkaitan
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
17 jam lalu· Politik
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
18 jam lalu· Politik
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
18 jam lalu· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
Popular
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023
Kekalahan UMNO di Kemaman kerana rakyat tolak kerjasama dengan DAP: Dr M
December 4, 2023
Hanya pembedahan prostat, semua lelaki ada: Zahid
December 4, 2023
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023
Lagi Politik terkini
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023 · Politik
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023 · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok