Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera

September 9, 2022 · Isu semasa

Polis menolak dakwaan bahawa seorang Ketua Polis Daerah di Selangor adalah suspek dalam kes penderaan yang melibatkan pembantu rumah warga Indonesia.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata polis mengesan dakwaan ini baru-baru ini.

“Dakwaan ini adalah fitnah dan cubaan mencemarkan imej pasukan polis. Kami menggesa orang ramai dan pengamal media supaya tidak membuat spekulasi dan menyebarkan fakta tidak tepat mengenai kes itu.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba memanipulasi dan memutarbelitkan fakta mana-mana berita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut The Star, Arjunaidi berkata susulan laporan yang dibuat mangsa, polis menahan sepasang suami isteri berusia 35 dan 38 tahun.

“Kedua-dua suspek didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran kerana memperdagangkan seseorang untuk dieksploitasi sebagai buruh paksa,” katanya.

Semalam, Bernama melaporkan sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Klang atas tuduhan memperdagangkan seorang pembantu rumah warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi kerja paksa sehingga menyebabkan kecederaan parah antara Mac dan Ogos tahun ini.

S Vijiyan Rao, 38, yang merupakan seorang pegawai polis dan isteri K Rineshini Naidu, 35, seorang peniaga, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Rozianayati Ahmad, menurut laporan itu.

Untuk rekod, Ketua Polis Daerah Klang Utara juga adalah Asisten Komisioner S Vijaya Rao.

Kedua-dua didakwa dengan niat bersama melakukan perbuatan itu terhadap Zailis, 46, di sebuah rumah di Taman Industri Bolton, Gombak antara Mac dan 30 Ogos lepas.

Suami isteri itu dituduh mengikut Seksyen 13 (a) Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau pemenjaraan tidak kurang dari lima tahun, dan boleh juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul’ Ain Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan jaminan RM20,000 dan seorang penjamin terhadap kedua-dua tertuduh dengan syarat tambahan mereka perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Bagaimanapun pasangan itu yang diwakili peguam A Narainasami memohon jaminan yang rendah dengan alasan mereka menanggung dua anak yang masih kecil.

Rozianayati kemudian membenarkan mereka diikat jamin masing-masing RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 5 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Popular
Kesunyian punca jadi pembuli siber
September 9, 2022
110,000 pesakit berisiko kumpulan pertama dirawat guna Paxlovid
March 5, 2022
Tiada Ketua Polis Daerah di Selangor suspek kes dera
September 9, 2022
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Setahun lebih Anwar jadi PM, kebebasan media jatuh ke tempat 107
16 jam lalu · Isu semasa
Langkah Zafrul cuba perbetulkan fakta afidavit Zahid gagal, mahkamah tolak
May 2, 2024 · Isu semasa
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
April 29, 2024 · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
April 29, 2024 · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok