Buat hantaran jelik, sebutan rayuan kes Jamal ditetapkan pada 17 Ogos

May 18, 2023 · Politik

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 17 Ogos bagi sebutan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Ampang yang membebaskan Datuk Seri Jamal Md Yunos daripada pertuduhan memuat naik video kenyataan jelik di laman Facebooknya, tiga tahun lepas.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak dan peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memaklumkan mereka belum menerima rekod rayuan, menurut laporan Bernama.

Terdahulu, Zuraini memberitahu mahkamah bahawa rayuan itu masih di peringkat sebutan dan rekod rayuan belum diterima pihaknya.

“Ia antaranya melibatkan nota keterangan dan alasan kehakiman mengenai keputusan kes itu daripada mahkamah rendah (Mahkamah Sesyen Ampang),” katanya.

Pada 10 Ogos tahun lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Ampang Wan Mohd Norisham Wan Yaakob membebaskan Jamal daripada dua pertuduhan dengan sengaja memuat naik video kenyataan jelik dalam laman Facebooknya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta yang sama, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
14 jam lalu· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
15 jam lalu· Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
22 jam lalu· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
22 jam lalu· Isu semasa
Popular
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
15 jam lalu · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
23 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
23 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
6 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok