Kerana kebodohan Anwar dan fanatiknya, pembangkang terlepas peluang

Jika blok pembangkang menerima tawaran sebelum ini dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin, pasti kemaluan sebegini besar dapat dielakkan. Lebih mengejutkan, UMNO kembali ke tampuk kuasa Putrajaya sebagai parti dominan.

Semua ini berpunca daripada kebodohan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain fanatik dengan Presiden PKR itu, antaranya Khalid Samad, Datuk Mahfuz Omar, Lim Guan Eng dan beberapa nama lain yang sama bodoh dengan Ketua Pembangkang itu.

Setiausaha Publisiti Nasional DAP Tony Pua juga menyalahkan pembangkang, walaupun tidak menamakan Anwar sebagai puncanya tetapi disebabkan keangkuhan menolak cadangan Muhyiddin antara sebab utama UMNO kembali ke tampuk kuasa.

“Ditendang keluar dari kerajaan pada Februari 2020 adalah cukup buruk.

“Tetapi berperanan utama yang membolehkan UMNO kembali berkuasa? Satu tamparan,” katanya dalam satu catatan Facebooknya malam ini.

Maksud ‘berperanan’ itu jelas mesej yang ingin disampaikan adalah Anwar yang bersekongkol dengan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tapi kemudiaannya ditipu selepas itu.

Muhyiddin sebelum meletak jawatan pada 16 Ogos lalu terlebih dahulu menawarkan untuk melaksanakan reformasi politik yang diperjuangkan Pakatan Harapan (PH) termasuk untuk membatasi tempoh jawatan Perdana Penteri (PM) dan Undi18.

Muhyiddin juga menawarkan untuk memberikan peruntukan Parlimen yang sama kepada semua Ahli Parlimen (MP) pembangkang dan melantik Ketua Pembangkang setaraf sebagai Menteri Kanan.

Namun, cadangan Pua untuk menerima tawaran yang dihulurkan oleh Muhyiddin tidak disambut baik dan gagal.

Seorang lagi pemimpin DAP lain yang berkongsi peandangan yang sama MP Serdang, Ong Kian Ming, yang juga dikritik hebat kumpulan fanatik Anwar.

Pada 16 Ogos, Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menyerahkan surat peletakan jawatannya sebagai PM dan jawatan seluruh Jemaah Menteri dengan serta-merta.

Terdahulu petang tadi, Istana Negara dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM baharu menggantikan Muhyiddin.

BERITA BERKAIT
POPULAR