Kejatuhan nilai ringgit, Mat Maslan kata didorong faktor luaran

October 23, 2023 · Isu semasa

Faktor di peringkat luaran terus mendorong perkembangan membabitkan prestasi ringgit dan mata wang serantau, kata Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata faktor lain yang turut mendorong penurunan nilai ringgit pada tahun ini adalah jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan (FFR) Amerika Syarikat (AS) akan kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama, lapor Bernama.

“(Ini berlaku walaupun) dalam keadaan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) sedang berusaha mengawal inflasi pada kadar 3.7 peratus, biarpun mereka sudah menaikkan FFR kepada 5.5 peratus. Kadar dasar semalaman (OPR) Malaysia pada 3.0 peratus.

“Terpulang kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan langkah seterusnya berkaitan OPR, tetapi kadar inflasi kita daripada 2.0 peratus makin turun kepada 1.9 peratus…oleh itu untuk menaikkan OPR sudah tidak lagi relevan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik (Balik Pulau-PH) mengenai langkah kerajaan dan BNM untuk mengekang kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS selain menaikkan OPR.

Menjelaskan selanjutnya, Ahmad berkata faktor lain yang turut menyebabkan penurunan nilai ringgit adalah prestasi ekonomi China yang lebih lemah daripada jangkaan dan pelonggaran dasar monetari oleh bank pusat negara itu, People’s Bank of China yang menjejaskan sentimen pelabur terutama di rantau Asean.

“Kebimbangan ketara terkini adalah mengenai kemungkinan ketegangan geopolitik di Timur Tengah semakin meruncing dan telah menjadikan dolar AS kian mengukuh,” katanya.

Berita berkaitan
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
6 jam lalu· Isu semasa
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023· Politik
Ringgit kembali susut berbanding dolar, dibuka paras RM4.68
November 23, 2023· Isu semasa
Kerajaan bincang wujudkan lesen bagi Google, Meta dan TikTok
November 21, 2023· Isu semasa
Popular
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
2 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok