Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor

April 28, 2023 · Isu semasa

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lepas.

Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Indera Mulia’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April, menurut laporan Bernama.

Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 6 petang, 24 April.

Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.

Berita berkaitan
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
15 jam lalu· Isu semasa
Kes Teoh Beng Hock: Hakim tarik diri dengar semakan kehakiman
19 jam lalu· Isu semasa
Lompat parti empat Ahli Parlimen Sabah, AGC akan bantah permohonan Bersatu
June 1, 2023· Politik
Kita tak bercadang untuk ulas lanjut, kata Saifuddin berhubung isu lokasi Jho Low
May 31, 2023· Politik
Popular
4 bulan tiada ketua audit negara, kerajaan beria mahu bahas LKAN 2021
June 6, 2023
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
June 6, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Ditipu skim pelaburan wang, lelaki rugi RM524,800
14 jam lalu · Isu semasa
Selesai polemik agama segera dengan bijak dan tertib, titah Sultan Selangor
14 jam lalu · Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
15 jam lalu · Isu semasa
P.Pinang-Kedah: Keterlaluan label pandangan Sanusi sebagai jenayah
15 jam lalu · Isu semasa
Pengerusi PH Kelantan dilantik Pengerusi KADA baharu
17 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok