Punca penderaan di taska meningkat

April 24, 2022 · Isu semasa

Setiap kanak-kanak mempunyai hak untuk hidup sihat dan bebas dari keganasan. Setiap tahun, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Penderaan kanak-kanak adalah masalah global yang besar.

Ia memberi impak serius terhadap kesihatan mental dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak, kesejahteraan dan perkembangan sepanjang kehidupan mereka, dengan itu ia menjadi masalah masyarakat secara amnya.

Penderaan kanak-kanak merujuk kepada penderaan secara fizikal dan emosi, penderaan seksual, kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak, termasuk sebarang bentuk eksploitasi atau komersial.

Kajian juga mendapati faktor tertinggi penderaan kanak-kanak adalah berpunca daripada perbalahan keluarga, ibu mengikut teman lelaki, masalah kewangan serta kecuaian ibu bapa, namun sejak akhir-akhir ini, kes dera dilaporkan kerap berlaku di pusat asuhan, tadika serta taska.

Menurut Pengarah Pusat Kaunseling Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Zulfikar Ahmad berkata, antara punca utama berlakunya kes penderaan di pusat berkenaan adalah sebab tekanan persekitaran dan peribadi tenaga pengajar.

“Kita perlu faham kanak-kanak dalam proses tumbesaran menunjukkan pelbagai reaksi yang pelbagai.

“Punca berlakunya kes penderaan adalah kerana tenaga pengajar tidak mampu menahan emosi dan menguruskan tekanan dengan baik. Mungkin mereka ada masalah peribadi dan apabila pergi ke tempat kerja ditambah dengan persekitaran bi­sing, kanak-kanak me­ragam jadi mereka tidak dapat menyerap tekanan yang dihadapi,” katanya.

Menurut beliau, pengusaha atau pengendali pusat asuhan perlu sentiasa memantau ke­a­daan psikologi tenaga pengajar sebagai salah satu langkah menga­tasi masalah kes pende­raan terhadap kanak-kanak.

Sementara itu, Pegawai Psikologi Kanan, Bahagian Perkhidmatan Sumber Manusia, Pejabat Pendaftar, Universiti Putra Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani berpendapat, guru tadika atau taska perlu menjalani ujian psikologi secara berkala bagi menentukan tahap kesihatan mental dan emosi mereka berada dalam keadaan siap siaga serta terbaik.

“Dalam konteks pendidikan psikologi, hukuman dan ganjaran merupakan satu elemen yang perlu diterapkan kepada kakita­ngan sesebuah institusi.

“Sebagai contoh, sekiranya ada kesalahan yang dilakukan staf mereka perlu dihukum de­ngan cara profesional dan perlu ada ganjaran seperti menganjurkan hari keluarga.

“Keadaan ini dapat me­nyerap tekanan kerja dan masalah peribadi mereka,” katanya.

Dalam pada itu itu, tidak menolak kebanyakan kes berlaku disebabkan pengasuh tiada kemahiran dalam penjagaan bayi dan kanak-kanak, Presiden Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia Anisa Ahmad berkata,  kejadian seumpama lazimnya dikaitkan dengan mereka yang tidak berdaftar.

Menurutnya, semua individu berkenaan, sama ada pengusaha, penyelia, pengasuh taska/  pendidik  awal kanak-kanak ataupun pengasuh di rumah, wajib mengambil Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (Kursus Asuhan PERMATA (KAP) di bawah kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta lulus ujian amali dan bertulis.

“Sijil KAP menjadi ‘lesen’ untuk mereka berdaftar sebagai pengasuh sah dengan JKM melalui taska, selain wajib mengikuti semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa mengasuh dan menjaga kanak-kanak baik, di taska institusi, taska tempat kerja, taska komuniti ataupun taska di rumah.

“Bagi pengasuh, terutama suri rumah yang menjaga lebih daripada empat orang kanak-kanak pula, mereka perlu berdaftar dengan JKM sebagai taska di rumah, berdasarkan peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308),” katanya.

Berita berkaitan
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Remaja, kanak-kanak jadi mangsa vape?
June 28, 2023· Isu semasa
Malaysia dicadang ikut Rusia, perkenal undang-undang anti-LGBTQ
June 12, 2023· Isu semasa
Utamakan keselamatan, kesihatan anak musim perayaan
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok